Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Projek jalan lewat siap jejas kehidupan penduduk
Published on: Saturday, January 10, 2026
Published on: Sat, Jan 10, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Projek jalan lewat siap jejas kehidupan penduduk
KEADAAN jalan Kemabong-Rundum mengalami kelewatan sekali gus sukar untuk dilalui oleh penduduk.
Tenom: Penduduk Kampung Rundum dan kampung-kampung sekitarnya meminta kerajaan memantau pembinaan jalan raya Kemabong – Rundum sejauh 31 kilometer yang mengalami kelewatan.

Rusili Tampisan.

Jurucakap Rusili Tampisan berkata kerajaan melalui jabatan dan agensi berkaitan terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu membuat pemantauan bagi memastikan punca kelewatan itu.

Advertisement
Beliau berkata projek itu, yang bermula pada 24 Mac 2022, dijadualkan siap pada 24 Mac 2025. Bagaimanapun, ia belum siap dan sehingga kini tidak sampai separuh diturap.

“Berikutan kelewatan ini, penduduk Kampung Rundum dan sekitarnya mengalami kesulitan mengeluarkan hasil pertanian dan berurusan di Pekan Kemabong dan Tenom,” katanya kepada Daily Express mewakili penduduk yang kecewa dengan keadaan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Rusili, yang juga Pengerusi Pelancongan Komuniti Rundum berkata guru-guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Rundum juga mengalami kesulitan keluar masuk di jalan yang dalam pembinaan itu kerana permukaannya licin dan berlumpur pada musim hujan. 

KEADAAN jalan Kemabong-Rundum mengalami kelewatan sekali gus sukar untuk dilalui oleh penduduk. Rusili berkata aktiviti pelancongan tempatan, yang semakin menjadi tarikan pelancong dari luar dan dalam negara, juga tergendala kerana ada laluan sukar dilalui.

Advertisement
“Baru-baru ini rombongan dari United Kingdom yang mahu melakukan aktiviti cerapan burung termasuk ayam hutan yang sudah kami jinakkan di kawasan hutan terpaksa membatalkan niat mereka kerana jalan yang berlumpur dan licin tidak dapat dilalui,” katanya.

Katanya, walaupun komuniti kampung aktif membangunkan sektor pelancongan di Kampung Rundum, namun pelaksanaannya tergendala ekoran isu kelewatan itu, dan menambah, pembinaan inap desa  bertemakan hutan pada masa ini pun turut tergendala kerana bahan-bahan binaan sukar diangkut.

Advertisement
“Pelancong pun tidak dapat datang dan begitu juga dengan NGO yang ingin mengadakan aktiviti di Kampung Rundum,” tambahnya.

Selain itu katanya, bekalan elektrik turut terganggu akibat kelewatan pembinaan itu apabila banyak tiang elektrik dialihkan di kawasan pembinaan.

Justeru itu, Rusili menggesa pihak berkaitan agar mengambil langkah-langkah drastik supaya kelewatan pembinaan jalan raya itu dapat diatasi. Beliau turut mendakwa kelewatan berkenaan berkemungkinan disebabkan kontraktor kekurangan jentera.

“Kami lihat jentera kontraktor berkenaan semakin kurang dan ada juga yang dibawa keluar,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here