Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Lelaki maut 4WD dihanyut arus
Published on: Saturday, January 10, 2026
Published on: Sat, Jan 10, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Lelaki maut 4WD dihanyut arus
MANGSA maut ditemui pekerja ladang kira-kira 800 meter dari lokasi terakhir dilihat sebelum dihanyutkan.
TAWAU: Seorang lelaki yang berada di ruang muatan belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) maut selepas kenderaan itu dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah banjir di Jalan Kampung Sungai Udin–Kalabakan, kira-kira jam 9.30 malam pada Khamis. Tiga individu lain terselamat.

Ia merupakan tragedi terbaharu melibatkan kenderaan yang cuba meredah sungai ketika banjir. Pada Januari tahun lalu, dua lelaki dilaporkan lemas dalam kejadian berasingan dalam tempoh 24 jam di lokasi sama, manakala tiga kes serupa turut direkodkan di Keningau.

Advertisement
Dalam kejadian kali ini, kenderaan terbabit dipercayai terpesong dari laluan asal sebelum dihanyutkan arus deras. Selain mangsa, kenderaan itu turut membawa dua motosikal yang disimpan di ruang muatan belakang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tawau, Penolong Penguasa Bomba Jemishin Ujin, berkata mangsa yang berusia lingkungan 30-an ditemui oleh pekerja ladang kelapa sawit kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa berada di ruang muatan belakang kenderaan, manakala seorang lagi yang berada di bahagian sama ditemui selamat,” katanya, sambil mengesahkan pemandu berusia 27 tahun dan penumpang tempat duduk hadapan berusia 23 tahun tidak cedera.

Menurut Jemishin, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.34 malam dan pasukan bomba tiba di lokasi hampir sejam kemudian dengan kekuatan lapan anggota yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba II Zougarana Konin.

Advertisement
“Kami menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sepanjang tebing sungai dalam lingkungan satu kilometer,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here