Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lelaki ditahan pukul isteri gara-gara berebut telefon 
Published on: Friday, January 09, 2026
Published on: Fri, Jan 09, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan pukul isteri gara-gara berebut telefon 
Jasmin berkata suspek ditangkap selepas berjaya dikesan di Lapangan Terbang Tawau oleh sepasukan polis dari BSJD yang menggerakkan usaha untuk mengesan dan menangkap lelaki berkenaan.
TAWAU: Polis menahan seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipercayai memukul kepala isterinya gara-gara berebut telefon pintar di sebuah kediaman di Kampung Rancangan Batu 22 Jalan Apas di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin (gambar) berkata suspek ditahan dalam satu operasi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD).

Advertisement
“Berdasarkan aduan mangsa, pasangan itu pada mulanya bergaduh akibat berebut telefon pintar yang sama sebelum suspek yang tidak dapat menahan marah bertindak memukul isterinya,” katanya pada Khamis.

Jasmin berkata kejadian itu menyebabkan isteri suspek mengalami kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala sebelum tampil membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semakan susulan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau apabila pernah disabitkan kesalahan atas penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” kata Jasmin.

Advertisement
Dalam kes berasingan, polis memberkas seorang pemandu lori tempatan berumur 29 tahun kerana disyaki mengugut dan membelasah seorang wanita dalam kejadian di Felda Umas 4, Kalabakan.

Jasmin berkata suspek ditangkap selepas berjaya dikesan di Lapangan Terbang Tawau oleh sepasukan polis dari BSJD yang menggerakkan usaha untuk mengesan dan menangkap lelaki berkenaan.

Advertisement
“Suspek dipercayai bertindak agresif dengan menumbuk dan menendang mangsa malah turut mengugut untuk memukul wanita terlibat sekiranya enggan memberikan sejumlah wang kepadanya,” katanya.

Polis membawa suspek ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun sama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here