Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Lelaki simpan harta curi kena 13 bulan
Published on: Saturday, December 20, 2025
Published on: Sat, Dec 20, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki simpan harta curi kena 13 bulan
Luis didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 22 tahun dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyimpan harta curi.

Luis Lefrin mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas tuduhan menyimpan dua MyKad kepunyaan Jadika Gindangan dan satu lagi milik Windri Majakil pada 12 Disember, jam 4.20 petang, di sepanjang Jalan Batu 10, Jalan Tuaran Bypass.

Advertisement
Luis didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Inspektor Yusdi Basri, yang mewakili pihak pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa pengadu, Jadika, membuat laporan polis pada 12 Disember berhubung kehilangan sebuah beg galas yang ditinggalkan di dalam van berhampiran Pejabat Pos Inanam Taipan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pengadu ketika itu tidak dapat mengenal pasti suspek.

Kemudian pada hari sama, polis menahan Luis dan semasa pemeriksaan terhadap beg galas yang dibawanya, polis menemui dua kad pengenalan, salah satunya milik Jadika, yang telah dilaporkan hilang bersama beg pengadu.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Luis menjalani hukuman bermula dari tarikh penangkapannya.

Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 36 tahun didenda RM1,700 atau satu bulan penjara kerana terlibat dalam aktiviti perjudian haram.

Advertisement
Tay Fang Mee mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah mendengar daripada pihak pendakwaan bahawa pada jam 5.45 petang, 7 Disember 2025, satu pasukan pegawai menjalankan operasi “Op Dadu” di kaki lima depan kedai Lims Tau Fu Hua di Towering, Penampang.

Semasa operasi itu, polis merampas sebuah telefon bimbit Redmi, sehelai kertas bewarna jingga yang mengandungi ID pengguna dan kata laluan serta RM20 tunai daripada Tay.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here