Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Lelaki didenda pamer nombor plat palsu
Published on: Wednesday, December 17, 2025
Published on: Wed, Dec 17, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki didenda pamer nombor plat palsu
Kesalahan di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah akta sama memperuntukan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 atau penjara antara satu hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Trafik pada Selasa mendenda seorang lelaki berusia 26 tahun sebanyak RM5,000 atau enam bulan penjara kerana mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan palsu sembilan bulan lalu.

Mohd Asyraaf Akmal mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus kerana mempamerkan nombor pendaftaran pada sebuah Perodua Viva dipandunya yang bukan milik kenderaan tersebut pada 16 Mac lalu kira-kira jam 12.35 tengah malam di Jalan Tun Fuad Stephens di hadapan Masjid Bandaraya.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah akta sama memperuntukan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 atau penjara antara satu hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa Inspektor Irriansyah Abu Bakar memaklumkan mahkamah bahawa pada hari kejadian sepasukan polis sedang menjalankan Ops Samseng Jalanan di Jalan Tun Fuad Stephens sebelum menahan sebuah Perodua Viva yang dipandu oleh Asyraaf.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pemeriksaan melalui sistem MCAD mendapati nombor pendaftaran yang dipamerkan pada kenderaan itu bukan miliknya dan didaftarkan atas model kenderaan yang berlainan.

Pemeriksaan lanjut ke atas nombor casis mendapati ia didaftarkan atas pemilik lain dengan nombor pendaftaran asal yang berbeza. Susulan itu Asyraaf dan kenderaan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Trafik Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Dalam kes berasingan seorang wanita berusia 29 tahun diperintahkan membayar denda RM100 atau tujuh hari penjara kerana gagal memberikan penjelasan berhubung deposit tunai ke dalam akaun banknya lima tahun lalu.

Norzaimah Roslan yang turut dihadapkan di hadapan Majistret Dzul mengaku bersalah kerana memiliki wang berjumlah RM3,000 dalam akaun Maybank miliknya tanpa dapat memberikan penjelasan munasabah mengenai sumber wang tersebut pada 4 September 2020 kira-kira jam 10.16 malam di Penampang.

Advertisement
Beliau didakwa mengikut Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Sabah Cap 80) yang memperuntukan hukuman maksimum denda RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah memaklumkan mahkamah bahawa pengadu menerima mesej teks yang menawarkan pinjaman daripada sebuah syarikat dan berminat untuk meminjam RM30,000 sebelum menghantar dokumen peribadi melalui WhatsApp.

Hasil perbincangan pengadu telah memindahkan RM4,900 ke dalam tiga akaun bank berasingan termasuk sebuah akaun Maybank atas nama Norzaimah Roslan. Bagaimanapun pengadu tidak pernah menerima pinjaman yang dijanjikan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here