Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Edar syabu: Lelaki bakal ketahui nasib 11 Februari
Published on: Tuesday, December 16, 2025
Published on: Tue, Dec 16, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Edar syabu: Lelaki bakal ketahui nasib 11 Februari
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan minimum 15 kali dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 23 tahun yang didakwa mengedar 1,278.3 gram syabu akan mengetahui nasibnya pada 11 Februari tahun depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alexander Siew How Wai pada Isnin menetapkan tarikh tersebut terhadap Mohd Shahnizar Sukarday selepas pihak pembelaan menutup kesnya dengan memanggil tiga saksi.

Advertisement
Tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada jam 4 petang, 27 Oktober 2023 di kawasan tempat letak kereta sebuah masjid di Kampung Darau, Manggatal.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan minimum 15 kali dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Pada peringkat pendakwaan seramai tujuh saksi dipanggil memberi keterangan.

Shahnizar diwakili peguam Shahlan Jufri manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus.

Advertisement
Sementara itu dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret kerana menyimpan harta curi.

Azlan Samiun mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas pertuduhan menyimpan sebuah telefon bimbit dan kad bank milik seorang lelaki Amran Samin pada 11 Oktober lalu kira-kira jam 5.20 petang di pasar raya besar Bataras, Putatan.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa barangan tersebut dilaporkan hilang oleh pengadu dari sebuah surau di sebuah hospital pada 6 Oktober.

Dalam satu lagi kes seorang lelaki berusia 38 tahun dihukum penjara lima bulan kerana memiliki peralatan pecah rumah.

Md Yusof Labbang mengaku bersalah memiliki sebuah kapak dan pisau dapur pada 4 September lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari di tepi Jalan Tun Fuad Stephens berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan.

Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa Yusof ditahan selepas polis mengesyaki tingkah lakunya dan menemui peralatan tersebut di dalam keretanya yang diparkir di lokasi berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here