Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
PPM perlu sehaluan dengan wakil rakyat
Published on: Monday, December 15, 2025
Published on: Mon, Dec 15, 2025
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
PPM perlu sehaluan dengan wakil rakyat
Abd Rahim berkata, beberapa buah kampung di sini yang telah wujud beberapa dekad termasuk Kg.Madai-Madai, Kg Kasnuri, Kg Hampilan, dan beberapa bahagian Kg Kunak Tiga di sini masih belum digazet sebagai perkampungan kerana ia belum dikeluarkan daripada status ‘hutan simpan bakau Semporna’.
KUNAK: Perlantikan jawatan penting seperti Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) perlu dilakukan mengambil kira kerjasama antara unit UPPM dan wakil rakyat bagi memastikan penyaluran bantuan yang melibatkan program-program masyarakat, keperluan lapangan dan pembangunan lain dapat dilakukan tanpa gangguan atau halangan.

“Sebab itu, PPM yang dilantik perlu sehaluan dengan wakil rakyat atau Adun di kawasan yang mempunyai hubungan baik. Prinsip ini jadi keutamaan penting supaya sebarang bentuk tindakan selaras dengan keputusan kedua-dua pihak dalam memastikan aspirasi kerajaan dapat dicapai untuk membantu rakyat”, kata Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kunak, Abdul Rahim Wahab.

Advertisement
Menurutnya, kerajaan perpaduan yang dibentuk melalui kerjasama GRS dan Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri perlu diterjemahkan di DUN Kunak melalui hubungan baik antara wakil rakyat kawasan itu dan juga ahli-ahli induk dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Katanya, sebarang kekurangan atau kerjasama yang kurang berkesan antara wakil rakyat dan unit UPPM seperti yang berlaku semasa pentadbiran Adun sebelum ini hanya mewujudkan kelompangan dan membantutkan usaha kerajaan menyalurkan pembangunan dan bantuan kepada rakyat.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Rahim berkata UPPM berperanan sebagai nadi penyelenggaraan kebajikan rakyat dan jawatan itu perlu diberikan kepada individu yang mendapat kepercayaan komuniti tempatan.

“Saya percaya, PPM Kunak sebelum ini yang diteraju oleh ahli perintis asal Parti Gagasan Rakyat (PGRS) telah menjalankan tugasnya dengan baik.

Advertisement
Namun berlaku ketidaktentuan dalam pentadbiran UPPM apabila Adun Warisan telah melompat menyertai PGRS pada 2023 yang lalu sehingga tercetus krisis dalaman pentadbiran”, katanya.

“Masyarakat hari ini amat mengambil berat tentang siapa yang bakal memegang jawatan UPPM. Kami mengharapkan pelantikan yang dibuat adalah bagi mewakili kepentingan komuniti, bukan semata-mata pilihan dari calon GRS yang telah kalah dalam pilihanraya lalu”, katanya kepada Daily Express, Jumaat.

Advertisement
Dalam perkembangan sama, Abdul Rahim berkata perlantikan Ketua Anak Negeri (KAN) perlu dipilih dari kalangan mereka yang berwibawa dan tahu selok-belok pentadbiran berkaitan hak-hak anak negeri.

Katanya, isu berkaitan status tanah perkampungan yang berkaitan hak anak negeri perlu diberi perhatian termasuk memastikan kawasan penempatan penduduk dapat digazetkan sebagai perkampungan.

Abd Rahim berkata, beberapa buah kampung di sini yang telah wujud beberapa dekad termasuk Kg.Madai-Madai, Kg Kasnuri, Kg Hampilan, dan beberapa bahagian Kg Kunak Tiga di sini masih belum digazet sebagai perkampungan kerana ia belum dikeluarkan daripada status ‘hutan simpan bakau Semporna’.

“Terdapat beberapa lokaliti kawasan penempatan itu sudah tidak mempunyai hutan paya bakau perlu dikeluarkan dari ‘status hutan simpan’ untuk memastikan penyaluran kemudahan termasuk pembangunan utiliti asas dan perumahan tersusun dapat diwujudkan. Majoriti penduduk yang tinggal di kawasan itu adalah bumiputera”, katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here