Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Hanya kerana sisa makanan, lelaki rosakkan dapur jiran
Published on: Friday, December 12, 2025
Published on: Fri, Dec 12, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Hanya kerana sisa makanan, lelaki rosakkan dapur jiran
RANAU: Gara-gara sisa makanan yang dibuang di belakang rumah, seorang lelaki warga tempatan bertindak memecahkan cermin tingkap dapur dan merosakkan pintu dapur rumah milik jirannya dekat sini baru-baru ini.

Tertuduh berusia 41 tahun yang datang ke rumah mangsa dalam keadan marah sambil memaki hamun turut memegang sebilah parang yang kemudian digunakan untuk merosakkan cermin dan pintu rumah mangsa mengakibatkan kerugian berjumlah RM252.

Advertisement
Ekoran dari kejadian itu, sekumpulan Pegawai dan anggota polis daripada Bahagaian Siasatan Jenayah IPD Ranau telah menangkap tertuduh di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Lembah Permai Kundasang pada hari yang sama.

Turut dirampas sebilah parang berhulu kayu berukuran lebih kurang panjang 66 sentimeter di bawah tangga bahagian dapur rumah yang ditunjukkan oleh tertuduh berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Tertuduh didapati telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, polis di sini turut menangkap seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun kerana disyakki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Advertisement
Lelaki tersebut ditangkap dalam satu operasi bertempat di tepi jalan Kg Nalapak Ranau di mana dia telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat berisi 0.22 gram.

Ekoran dari itu, tertuduh telah didapati melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama undang-undang Malaysia.

Advertisement
Jika didapati bersalah, tertuduh berhadapan hukuman denda tidak lebih daripada RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here