Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Murid teruja, gembira dapat beli kelengkapan sekolah
Published on: Friday, December 12, 2025
Published on: Fri, Dec 12, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Murid teruja, gembira dapat beli kelengkapan sekolah
TAWAU: KEBANYAKAN murid SK Kuala Apas yang ditemui menyatakan rasa teruja, gembira dan bersyukur kerana terpilih menyertai program itu yang cukup bermakna bagi mereka kerana membantu meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan keperluan sekolah tahun hadapan.

Bagi Munira Muriyadi, 12, dari Kg Sg Apas, Batu 15 Jalan Apas, peluang itu digunakan sebaiknya untuk membeli baju kurung sekolah, seluar sukan, alat tulis dan buku.

Advertisement
“Terima kasih Malaysia Airports atas bantuan ini yang dapat mengurang kos perbelanjaan ibu saya… Sebelum ini, walaupun susah, ibu tetap juga berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan semua kelengkapan sekolah saya dan bagi saya makan.

“Terima kasih sekali lagi kerana sudi bantu kami kerana mungkin ada dalam kalangan kami berada dalam kesusahan dan amat memerlukan bantuan untuk membeli baju dan barangan sekolah,” kata anak bongsu dari dua beradik itu yang sudah kehilangan ayah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya mencapai cita-cita menjadi seorang guru demi membalas jasa dan pengorbanan ibunya.

Rakan sekampungnya, Nur Shahida Johansyah, sembilan tahun, pula tidak dapat menyembunyikan rasa puas hati terlibat dalam program itu dengan berkata:

Advertisement
“Saya sangat gembira berbelanja hari ini kerana saya dapat beli apa pun yang saya mahu tapi mengikut peraturan yang ditetapkan (had barangan). Hari ini saya beli baju sekolah, peralatan menulis, buku latihan dan makanan,” katanya dengan ceria.

Menurut anak tunggal itu, dia sebelum ini hanya berbelanja bersama ibu bapanya tetapi kali ini lebih mengujakan apabila membeli-belah beramai-ramai dengan rakan-rakan sekolah dalam suasana meriah.

Advertisement
Nur Atiqah Aliyah Mohd Rizan, 10, dari Kg Wawasan Batu 15, Jalan Apas pula berkongsi rezeki dengan adik lelakinya yang bakal melangkah ke Tahun Satu pada 2026 dengan turut membelikannya baju sekolah, pensil warna dan beg sekolah sama seperti dirinya yang terpilih dalam program itu.

Anak kedua dari tiga beradik itu memberitahu sebelum ini mereka sekeluarga berbelanja dengan ditemani ibu bapa dan kali ini cukup menggembirakan kerana dapat membeli keperluan sekolah lebih awal untuk kegunaan tahun hadapan bersama rakan-rakan sekolah. 

Bagi Mohammad Ammar Herwan, 10, kesempatan membeli-belah bersama Malaysia Aiports menerusi Program MYAirportCARES Ceria Kembali ke Sekolah 2026 itu digunakan sepenuhnya untuk membeli kelengkapan yang diperlukan untuk memulakan sesi persekolahan tahun hadapan.

Dia amat menghargai usaha pihak Malaysia Airports kerana membantu mereka melengkapkan keperluan sekolah yang bukan sahaja menggembirakan mereka tetapi juga ibu bapa mereka.

Sementara itu, Penyelaras Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) SK Kuala Apas Cikgu Suhaimi Taif ketika ditemui menyatakan pihak sekolah di bawah Jawatankuasa Pemilihan bersidang untuk memilih murid-murid yang akan dilibatkan dalam program itu.

Menurutnya, mereka yang terpilih adalah murid-murid dalam kumpulan B40 yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan mencari rezeki sebagai nelayan, petani dan ada yang bekerja sendiri.

“Kami menilai potensi mereka berdasarkan tahap kehidupan keluarga yang serba kekurangan berbanding pelajar-pelajar lain di SK Kuala Apas dan kami berjaya mengenal-pasti 150 murid untuk menyertai program kali ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here