Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
UMS lancar Dapur Siswa, sokong kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa
Published on: Wednesday, December 10, 2025
Published on: Wed, Dec 10, 2025
Text Size:
Text:
UMS lancar Dapur Siswa, sokong kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa
KASIM (kanan) menyempurnakan simbolik perasmian Dapur Siswa UMS.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Dapur Siswa UMS sebagai inisiatif kebajikan terbaharu bagi menyediakan ruang selamat dan kondusif kepada mahasiswa untuk memasak, mengurus perbelanjaan harian serta memastikan akses kepada makanan seimbang.

Majlis perasmian Dapur Siswa, yang diadakan sempena ulang tahun ke-31 penubuhan UMS, disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, di Dewan Serbaguna Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), baru-baru ini.

Advertisement
Dalam ucapan perasmiannya, Kasim menegaskan bahawa kesejahteraan pelajar merupakan teras utama kepada kecemerlangan akademik universiti.

“Dapur Siswa bukan sekadar kemudahan untuk memasak, sebaliknya satu intervensi kebajikan bagi memastikan tiada pelajar UMS yang berdepan kelaparan atau kesukaran mendapatkan makanan seimbang.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan UMS dalam membangunkan ekosistem pembelajaran yang inklusif, sejahtera dan berteraskan nilai kemanusiaan,” katanya.

Menurut beliau, penubuhan Dapur Siswa UMS bertujuan menangani isu keterjaminan makanan yang dihadapi sebahagian mahasiswa, khususnya mereka yang berdepan kekangan kewangan, selaras dengan usaha universiti memperkukuh kesejahteraan pelajar dan menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), terutamanya SDG 2: Sifar Kelaparan dan SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan.

Advertisement
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang serta warga kampus yang menyokong kempen “1 Staf, 1 Kampit Beras”, yang berjaya menyemai solidariti dalam kalangan komuniti universiti bagi membantu mahasiswa yang memerlukan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Raman Noordin berkata penubuhan Dapur Siswa UMS yang pertama digerakkan oleh Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) sebagai usaha bersama pelbagai jabatan, kolej kediaman, mahasiswa serta rakan strategik industri.

Advertisement
“Sebagai permulaan, dua Dapur Siswa telah diwujudkan di Kampus Induk dan kemudahan ini dirancang untuk diperluaskan ke Kampus Antarabangsa Labuan serta Fakulti Pertanian Lestari di Sandakan.

“Inisiatif ini amat signifikan dalam membantu pelajar mengurus kehidupan harian dengan lebih teratur, sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan penuh kepada pembelajaran,” katanya.

Penubuhan Dapur Siswa itu turut mendapat sokongan rakan strategik UMS termasuk Sabah Electricity, KTI Development Sdn Bhd, Yayasan Buruh, Jurukin Sdn Bhd, Courtyard Hotel 1Borneo, Yayasan Al Jauhar dan Dong Sin Food Sdn Bhd.

Kemudahan berkenaan disokong melalui kerja ubah suai oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), manakala aspek operasi dan pemantauan dilaksanakan oleh PNRF, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, kolej kediaman serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah pegawai utama dan kanan universiti, Pengarah PNRF Stella @ Nurul Martini Gontol serta Presiden MPP Sesi 2025/2026, Allen Paul Justinus Situ.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here