Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Dera adik: Penganggur kena bon kelakuan baik
Published on: Wednesday, December 10, 2025
Published on: Wed, Dec 10, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Dera adik: Penganggur kena bon kelakuan baik
Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki menganggur yang mendera dua adik tirinya berusia 10 dan 7 tahun dikenakan perintah Bon Kelakuan Baik (BOGB) selama setahun oleh Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan perintah tersebut terhadap tertuduh Mohd Riezwan Mohd Rizal, 19, selepas kesnya dibawa untuk laporan sosial pada Selasa.

Advertisement
Mahkamah turut mengarahkan BOGB dengan jaminan berjumlah RM10,000 tanpa deposit melibatkan dua penjamin dengan syarat salah seorang mestilah warga tempatan.

Riezwan juga diperintahkan melapor diri di balai polis Keningau pada hari pertama setiap bulan bersama ibu saudaranya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sebelum menjatuhkan hukuman mahkamah menyatakan ia telah mengambil kira semua faktor berkaitan termasuk rayuan tertuduh serta ibu saudaranya, tahap keseriusan kes, kecederaan yang dialami mangsa, laporan sosial tertuduh serta faktor pemberatan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah turut mengambil maklum bahawa Riezwan merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan bimbingan selain menasihatkanya supaya tidak mengulangi perbuatanya.

Advertisement
“Kamu kata kamu sayangkan adik-adik tiri kamu bukan? Dan laporan menyatakan kamu panas baran jadi cubalah untuk berubah.

“Panas baran ya? Luahkan kepada Tuhan. Jangan tinggal solat. Jika kamu rasa marah ingat pesan hakim supaya luahkan segalanya kepada Tuhan. Kamu datang daripada keluarga yang banyak masalah dan kamu juga mangsa keadaan,” katanya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama Riezwan didakwa mendera adik tiri lelakinya yang berusia 10 tahun dengan menyiram air panas di bahagian kanan leher mangsa menyebabkan melecur dan melepuh.

Bagi pertuduhan kedua dalam tempoh dan di lokasi yang sama tertuduh didakwa memukul kepala seorang lagi adik tirinya berusia 7 tahun menggunakan dumbbell serta menekap senduk panas ke tubuh mangsa sehingga menyebabkan kecederaan melecur.

Kesalahan-kesalahan tersebut berlaku antara bulan Julai hingga Ogos tahun ini di sebuah rumah sewa di Taman Telipok Ria, Tuaran.

Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sebelum ini Riezwan yang tidak diwakili peguam memohon agar diberikan hukuman ringan dan peluang untuk berubah dengan alasan dia ingin membantu ibu bapanya menyara keluarga.

Beliau juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia telah ditahan reman selama empat bulan.

Dalam prosiding itu ibu saudara Riezwan turut diberi peluang bercakap bagi pihak tertuduh.

Beliau berjanji akan menjaga Riezwan dan memaklumkan bahawa tertuduh baru sahaja tamat persekolahan sebelum ditangkap atas kesalahan tersebut. Katanya dia telah menjaga Riezwan dan adik-beradiknya sejak kecil dan mereka tinggal bersamanya.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang bersifat pencegahan dengan menegaskan bahawa kedua-dua mangsa masih kecil iaitu berusia 7 dan 10 tahun serta telah mengalami kecederaan fizikal dan trauma.

Beliau berhujah bahawa kesalahan itu adalah serius dan Riezwan wajar dijauhkan sementara daripada masyarakat serta diberi peluang untuk dipulihkan melalui hukuman penjara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here