Thu, 25 Jun 2026
Headlines:
Titanium RC juara Piala Harapan Ragbi Sandakan
Published on: Tuesday, June 23, 2026
Published on: Tue, Jun 23, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Titanium RC juara Piala Harapan Ragbi Sandakan
VIVIAN, Vela, Fazreen, Ahmad bersama pasukan juara Titanium RC.
SANDAKAN: Titanium Rugby Club (Titanium RC) dari Keningau muncul juara Piala Harapan Ragbi Sandakan 2026 selepas mempamerkan aksi cemerlang pada penampilan sulung mereka dalam edisi keempat kejohanan yang berlangsung di padang Eagles Rugby Club (ERC), Ahad lalu.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sandakan dengan kerjasama South Rugby Club.

Advertisement
Titanium RC menjuarai kategori Terbuka Lelaki 10 Sebelah selepas menewaskan Eagles Rugby Development 14-7 pada perlawanan akhir.

Sebagai juara, Titanium RC membawa pulang wang tunai RM5,000, piala dan pingat.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Eagles Rugby Development muncul naib juara dan menerima RM3,000 berserta piala dan pingat.

Tempat ketiga menjadi milik Sabah Osca Warriors RC, manakala XCB Badbois Rugby menduduki tempat keempat selepas tewas 12-0.

Advertisement
Sabah Osca Warriors RC turut menerima wang tunai RM1,000, piala dan pingat, manakala semua pasukan yang mengambil bahagian dalam kategori itu menerima pingat penyertaan.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee menyempurnakan majlis penutupan kejohanan serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Advertisement
Turut hadir ialah Presiden Kesatuan Ragbi Sabah (SRU) yang juga Presiden ERC Datuk Velayuthan Tan; Pengerusi Penganjur Mohammad Fazreen Budi serta Ketua Unit Pembangunan Insan Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan Ahmad Yussof Mohamad.

Pemain Titanium RC yang juga Presiden Persatuan Ragbi Daerah Keningau NC Oneal Veneddey Vencent berkata pasukan itu amat gembira dengan kejayaan merangkul kejuaraan pada penampilan sulung mereka.

Menurutnya, pasukan telah menjalani latihan secara tersusun sejak empat tahun lalu sebagai sebahagian daripada program pembangunan.

Beliau berkata kira-kira separuh daripada pemain pasukan berusia antara 16 hingga 20 tahun termasuk beberapa pemain yang pernah mewakili Malaysia di peringkat kebangsaan.

Katanya lagi, pasukan itu merancang menghantar beberapa pemain menyertai pertandingan di Kelantan, selain mewakili Selangor dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) serta menyertai kejohanan di Johor.

Vivian berkata sukan ragbi terus mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan pasukan dari pelbagai daerah di Sabah.

Beliau berharap kejohanan itu akan diteruskan pada masa depan dengan penyertaan lebih banyak pasukan wanita.

Pada edisi kali ini, hanya tiga pasukan wanita mengambil bahagian.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Velayuthan dan pasukannya atas kerjasama serta bimbingan yang diberikan, selain memuji usaha berterusan ERC dalam membangunkan sukan ragbi termasuk menjadi tuan rumah kejohanan bertaraf antarabangsa di Sandakan.

Dalam keputusan lain, Pangazou RC muncul juara kategori Plate manakala Trex RC bergelar naib juara.

Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dimenangi Aswar Nurdin dari XCV Badbois Rugby.

Julivans Junior dari Pangazou RC muncul penjaring terbanyak manakala Titanium RC dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik kejohanan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here