PAIRIN turut mengimbau detik bersama Fuad sehari sebelum nahas pesawat Nomad di Sembulan pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri itu bersama 10 anggota delegasinya.
“Saya membantu menguruskan persiapan lawatan Tengku Razaleigh (di Labuan).
Advertisement
.gif)
“Fuad dan rombongannya berlepas ke Sabah pada petang itu dan saya sepatutnya turut bersama mereka, tetapi saya tidak ikut kerana ada program gotong-royong pada keesokan harinya.
“Apa yang boleh saya katakan, itulah takdir saya. Tetapi mereka yang terkorban itulah takdirnya,” katanya.
Seramai 11 orang terkorban dalam tragedi itu, termasuk separuh daripada anggota Kabinet Sabah yang baharu dilantik iaitu Datuk Peter Mojuntin, Datuk Salleh Sulong, Datuk Chong Tain Vun dan Datuk Darius Binion.