Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Projek naik taraf jalan Sandakan punca kesesakan teruk
Published on: Friday, April 17, 2026
Published on: Fri, Apr 17, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Projek naik taraf jalan Sandakan  punca kesesakan teruk
TAPAK projek di Batu 10.
SANDAKAN: Projek naik taraf jalan di Batu 10 kini mencetuskan rungutan pengguna apabila kesesakan teruk dilaporkan berlaku hampir setiap hari, dengan tempoh perjalanan mencecah sehingga dua jam.

Pengguna mendakwa mereka terpaksa berdepan kesesakan panjang setiap kali melalui laluan tersebut yang merupakan satu-satunya jalan utama menghubungkan kawasan Batu 10 ke pusat bandar Sandakan.

Advertisement
Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan masa perjalanan, malah memberi tekanan kepada pemandu yang menggunakan laluan berkenaan untuk urusan harian, termasuk bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

Kesesakan yang berlaku sejak Sabtu lalu turut mengganggu rutin harian pelbagai lapisan masyarakat termasuk pekerja, pelajar dan peniaga. Difahamkan, meskipun ada yang keluar lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, keadaan masih tidak banyak berubah berikutan jumlah kenderaan yang tinggi melalui laluan tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Salah seorang pengguna, Siti Nadzirah Mustaffah berkata kesesakan menjadi lebih buruk pada waktu puncak, khususnya pagi dan petang apabila aliran trafik meningkat mendadak.

“Semenjak projek ini bermula, saya terpaksa keluar rumah lebih awal dan menempuh kesesakan hampir dua jam setiap hari untuk ke tempat kerja, sedangkan sebelum ini hanya mengambil masa kira-kira 15 minit,” katanya.

Advertisement
Pengguna turut mempersoalkan perancangan projek yang didakwa tidak mengambil kira keperluan laluan alternatif sebelum kerja pembinaan dimulakan.

“Sepatutnya pihak berwajib menyediakan jalan alternatif atau pelan pengurusan trafik yang lebih efisien terlebih dahulu sebelum menutup atau menyempitkan laluan sedia ada,” kata mereka.

Advertisement
Selain itu, terdapat cadangan supaya kerja pembinaan dilaksanakan pada waktu malam bagi mengurangkan gangguan trafik pada waktu puncak.

Menurut mereka, pendekatan tersebut mampu membantu melancarkan aliran kenderaan pada siang hari serta mengurangkan tekanan kepada pengguna.

Pengguna turut menyatakan kegagalan menyediakan laluan sementara menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap setiap hari, sekali gus menjejaskan produktiviti dan meningkatkan risiko kemalangan akibat kesesakan melampau.

Jalan di Batu 10 merupakan laluan utama yang digunakan ribuan kenderaan setiap hari, termasuk kenderaan berat dan pengangkutan awam, menjadikannya antara laluan paling sibuk di daerah ini.

Sehubungan itu, pengguna berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera bagi mengurangkan kesesakan, termasuk mempercepatkan kerja pembinaan, menambah kawalan trafik serta menyediakan laluan alternatif demi keselesaan dan keselamatan semua pihak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here