Thu, 18 Jun 2026
Headlines:
Perdana Menteri lulus RM250,000 untuk sekolah menengah di Sipitang
Published on: Sunday, June 14, 2026
Published on: Sun, Jun 14, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Perdana Menteri lulus RM250,000 untuk sekolah menengah di Sipitang
Anwar berkata perincian mengenai pelaksanaan bantuan serta penyaluran dana itu akan diselaraskan dengan kadar segera oleh pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu meluluskan peruntukan khas segera berjumlah RM250,000 bagi tujuan pembangunan meliputi kerja-kerja membaik pulih kemudahan asas sekolah menengah di daerah Sipitang.

Beliau berkata perincian mengenai pelaksanaan bantuan serta penyaluran dana itu akan diselaraskan dengan kadar segera oleh pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Advertisement
“Bagi kemudahan sekolah, saya beri RM250,000 segera kita lulus. Saya tidak mahu (projek) jadi diluluskan bulan Jun 2026 tetapi bulan Ogos 2027 baru nak buat projek, itu sikap lapuk,” kata beliau ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Sabah Southern Madani Link, di sini, Sabtu.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri mahu wakil daripada agensi berkaitan turun padang ke sekolah-sekolah terlibat dalam tempoh dua minggu bagi meninjau keperluan dan memproses bantuan berkenaan demi keselesaan warga pendidik serta pelajar.

Sementara itu, Anwar memohon kerjasama seluruh rakyat Sabah untuk memastikan hubungan serta jalinan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sentiasa kekal baik demi kelangsungan pembangunan.
Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here