RANAU: Kementerian Pendidikan, Sains dan Inovasi Sabah (KPSTI) menegaskan komitmennya untuk terus menyokong usaha memelihara dan memperkukuh warisan budaya pelbagai komuniti di negeri ini.
Menterinya Datuk James Ratib berkata sokongan berkenaan adalah sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan modal insan dan pembentukan jati diri rakyat Sabah.
“Festival kebudayaan seperti Pesta Bangkar memainkan peranan penting dalam memelihara dan mempromosikan warisan kaya masyarakat Orang Sungai kepada generasi muda serta masyarakat umum.
“Adat resam, bahasa, nilai dan amalan budaya yang diwarisi turun-temurun perlu terus dipelihara bagi memastikan ia tidak hilang dalam arus pemodenan dan kemajuan teknologi yang pesat.
Advertisement





