Fri, 19 Jun 2026
Headlines:
‘Semua sama terdedah penipuan dalam talian’
Published on: Tuesday, June 16, 2026
Published on: Tue, Jun 16, 2026
By: Jimmy Goh
Text Size:
Text:
‘Semua sama terdedah penipuan dalam talian’
JULIAH menyampaikan sijil kepada seorang peserta sambil disaksikan Noorziah (empat kiri), Ibrahim (tiga kanan), George (dua kanan) dan Noraidin (kanan).
Kota Kinabalu: Presiden Mutiara GRS Datin Seri Juliah Salag berkata golongan profesional, penjawat awam, pelajar dan suri rumah sama terdedah kepada penipuan dalam talian seperti warga emas, justeru masyarakat perlu sentiasa menyemak maklumat dan berfikir secara kritis sebelum bertindak terhadap sebarang tawaran yang mencurigakan.

“Masyarakat yang bijak ialah masyarakat yang sentiasa berwaspada, berfikir sebelum bertindak, menyemak maklumat sebelum membuat keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan tawaran yang terlalu baik untuk dipercayai atau kelihatan mencurigakan,” katanya.

Advertisement
Juliah, yang juga isteri Ketua Menteri, berkata demikian ketika merasmikan program Komuniti Bijak, Bebas Scammer di Bangunan Persatuan Rumpun Bajau Samah, Tuaran, baru-baru ini.

Beliau berkata sindiket penipuan kini beroperasi melalui panggilan telefon palsu, mesej yang menyamar sebagai institusi kewangan, tawaran pekerjaan tidak wujud, pelaburan palsu serta penipuan pembelian dalam talian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, tiada kelompok masyarakat yang benar-benar selamat daripada taktik berkenaan.

Juliah berkata perkembangan pesat teknologi digital telah membawa pelbagai kemudahan dalam kehidupan seharian, namun pada masa sama membuka ruang kepada kegiatan penipuan yang semakin licik dan sukar dikesan sehingga mengancam masyarakat di seluruh negara.

Advertisement
Beliau menyeru setiap anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing dengan ibu bapa mendidik anak-anak menggunakan teknologi secara bijak, pemimpin komuniti berkongsi hanya maklumat yang telah disahkan, pengguna media sosial mengelakkan penyebaran kandungan yang belum dipastikan kesahihannya serta orang ramai saling mengingatkan antara satu sama lain supaya sentiasa berwaspada.

“Saya percaya apabila masyarakat mempunyai tahap pengetahuan dan kesedaran yang tinggi, ruang untuk scammer memperdaya mangsa akan menjadi semakin sempit,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Pengerusi Penganjur yang juga Presiden Persatuan Nadi Kasih Tuaran, Noorziah Mastan berkata program berkenaan lahir daripada kebimbangan terhadap jenayah penipuan yang semakin serius dan menjadi ancaman kepada masyarakat.

Beliau berkata sindiket penipuan sentiasa mengubah taktik bagi memperdaya mangsa baharu.

Katanya, program itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Nadi Kasih Tuaran dan Pejabat Daerah Tuaran dengan sokongan Mutiara GRS, Universiti Utara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakan strategik, penaja serta sukarelawan.

Noorziah berkata program itu bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai ancaman sebenar jenayah penipuan serta langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada menjadi mangsa.

Beliau yakin pengetahuan yang diperoleh melalui program itu dapat membantu peserta mengenal pasti taktik penipuan dan mengelakkan diri daripada diperdaya scammer.

Turut hadir Pegawai Daerah Tuaran Ibrahim Turki, Pengerusi Persatuan Permuafakatan PPD Tuaran Datuk George Teo dan Ketua Polis Daerah Tuaran Supt Noraidin Ag Maidin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here