Thu, 18 Jun 2026
Headlines:
Dua didakwa edar ganja
Published on: Tuesday, June 16, 2026
Published on: Tue, Jun 16, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dua didakwa edar ganja
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 kali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua individu didakwa di Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan mengedar 255.34 gram ganja.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Firdaus Abdul Kassim, 41, dan Khadijah Alam, 37, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Advertisement
Mereka didakwa secara bersama mengedar dadah tersebut pada jam 4.05 petang, 4 Jun lalu di hadapan sebuah rumah di Rabbit Garden, Lok Kawi, Putatan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 kali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pihak pendakwaan memohon satu tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan ahli kimia dan tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Mahkamah menetapkan 23 Julai untuk sebutan semula kes dan memerintahkan kedua-dua tertuduh terus ditahan reman sementara menunggu laporan ahli kimia.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 35 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya.

Mohd Noor Ameen T Jeman didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 43 tahun pada jam 6 petang, 4 Mac lalu di kawasan parkir hadapan sebuah rumah di Kampung Petagas, Penampang.

Advertisement
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum bagi kesalahan berkenaan jika kecederaan dilakukan terhadap pasangan, bekas pasangan, anak, orang kurang upaya dewasa atau ahli keluarga lain.

Mahkamah menetapkan 23 Julai untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor DzulFamie Amrin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here