DARI arena sukan, pendatang baharu Tonio Petrus atau nama sebenar Anthonio Petrus berharap kehadirannya dalam dunia seni diterima oleh penggemar dan pendengar tempatan.
Tonio yang berasal dari Kampung Kandawayon, Ranau, melancarkan single sulungnya Tumangkabo Ginawo yang membawa maksud ‘Gelisah Hati’ dalam bahasa Melayu.
Lagu Dusun itu dicipta sepenuhnya oleh Julius Ebin yang turut bertindak sebagai penerbit eksekutif manakala proses rakaman, adunan bunyi dan mastering dijalankan di Media Studio serta disempurnakan oleh Peter Peninting.
Menurut penyanyi berusia 29 tahun ini, perjalanannya dalam bidang seni suara bermula daripada satu peristiwa yang tidak diduga.
Advertisement






