Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tolak tuntutan kerosakan kotak gear
Published on: Wednesday, December 17, 2025
Published on: Wed, Dec 17, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tolak tuntutan kerosakan kotak gear
Presiden TTPM Sabah Larina Wong Shiao Yee yang mempengerusikan pendengaran kes pada Isnin berkata tuntutan oleh Hajariah Alimari, 52, ditolak selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak serta saksi masing-masing. 
TAWAU: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menolak tuntutan berjumlah RM3,320 yang difailkan seorang wanita terhadap Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd selepas beliau gagal membuktikan bahawa kerosakan kotak gear kereta Persona 1.6L miliknya berpunca daripada kecuaian syarikat tersebut.

Presiden TTPM Sabah Larina Wong Shiao Yee yang mempengerusikan pendengaran kes pada Isnin berkata tuntutan oleh Hajariah Alimari, 52, ditolak selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak serta saksi masing-masing. 

Advertisement
Beliau turut mengambil kira usia kenderaan berkenaan yang sebelum ini digunakan di Semenanjung Malaysia sebelum dihantar ke Sabah.

Menurutnya kenderaan yang dikeluarkan pada 2016 itu juga telah dipandu ke Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna selepas tiba di daerah ini sekitar Februari 2025 selain faktor tabiat pemanduan kasar yang turut boleh menyumbang kepada kerosakan gearbox.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Wong berkata beliau juga mempertimbangkan kredibiliti Fook Loi sebagai sebuah syarikat berpengalaman yang mempunyai piagam perkhidmatan pelanggan di pusat servisnya.

Beliau menambah kawasan yang terlibat di pusat servis berkenaan tidak cukup luas untuk menyebabkan hentakan atau kejutan akibat pemanduan kasar sehingga merosakan gearbox.

Advertisement
Pemilik bengkel Elite Circle Auto Works yang hadir sebagai saksi Hajariah memberitahu tribunal bahawa pihaknya mendapati terdapat kerosakan pada gearbox kereta tersebut iaitu kebocoran pada pulley primer dan sekunder.

Bagaimanapun saksi itu berkata kebocoran berkenaan boleh berpunca daripada pemanduan kasar atau minyak gearbox yang telah tamat tempoh.

Advertisement
Sementara itu Wong mengeluarkan anugerah Borang 10 selepas kedua-dua pihak menghadiri pendengaran yang berakhir dengan tuntutan kos pembaikan gearbox ditolak.

Namun Hajariah akan diberikan keutamaan (sebagai kes khas) untuk kembali ke pusat servis bagi pemeriksaan semula sistem penyaman udara kenderaanya yang didakwa masih tidak berfungsi dengan baik.

Beliau berkata kedua-dua pihak juga telah mencapai perdamaian dan saling memohon maaf selain berharap pusat servis berkenaan dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatanya pada masa hadapan khususnya apabila berurusan dengan pelanggan seperti Hajariah yang datang bersendirian dan juga seorang wanita.

Terdahulu isu sistem penyaman udara yang masih tidak sejuk walaupun telah dibaiki diselesaikan selepas pembaikan kecil dilakukan oleh seorang mekanik pada hari pendengaran apabila Wong bersama kedua-dua pihak menjalankan pemeriksaan bersama di lokasi.

Dalam pernyataan tuntutan berjumlah RM3,320 yang difailkan pada 11 September lalu Hajariah menyatakan beliau membawa keretanya ke Proton Service Centre 25 untuk menyelenggara sistem penyaman udara dan memeriksa sama ada minyak gearbox perlu ditukar.

Selepas itu beliau pulang ke rumah dan meninggalkan kereta di pusat servis tersebut bagi membaiki masalah penyaman udara dan dimaklumkan bahawa pihak pusat servis akan menghubunginya sebelum sebarang pembaikan kerosakan dan kos dilakukan.

Bagaimanapun Hajariah mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang kerosakan atau kos sebaliknya hanya diberitahu dua hari kemudian pada 14 Ogos pada sebelah petang bahawa beliau perlu membayar RM269.20 tanpa penjelasan awal mengenai masalah kenderaan atau kos terlibat.

Susulan itu beliau bertemu seorang mekanik yang memaklumkan terdapat kerosakan pada kotak gear yang menurutnya amat mengejutkan kerana sebelum itu tiada sebarang masalah sedemikian dan kerosakan tersebut didakwa berlaku selepas kereta ditinggalkan selama dua hari untuk dibaiki.

Menurutnya mekanik tersebut meminta beliau pulang dan memaklumkan bahawa pihak mereka akan memeriksa gearbox dan menghubunginya keesokan hari namun beliau tidak dihubungi sehingga terpaksa datang sendiri ke pusat servis dan mendapati keretanya dalam keadaan sangat kotor dengan najis burung di bahagian hadapan bonet.

Hajariah berkata apabila beliau bertemu semula mekanik pusat servis beliau diminta membuat laporan polis sekiranya tidak berpuas hati dan dimaklumkan bahawa pihak pusat servis akan mempertikaikanya.

Beliau mendakwa selepas menunjukan laporan polis berhubung tuntutan pampasan kerosakan kenderaan kepada pengurus pusat servis tuntutan itu tetap ditolak malah pengurus berkenaan didakwa berkata bahawa Proton tidak akan bertanggungjawab terhadap pelanggan termasuk dirinya.

Menurutnya lagi pengurus tersebut turut menghubungi “bos” Proton dan memaklumkan bahawa Proton tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialaminya.

Hajariah berkata pengurus berkenaan kemudian meminta agar keretanya ditunda ke bengkel lain yang menganggarkan kos pembaikan sebanyak RM3,000.

“Saya membayar RM150 untuk menunda kereta ke bengkel lain dan apabila bengkel itu memeriksa gearbox mereka mendapati paras minyak rendah kerana ia telah dikeluarkan selepas dibuka oleh Proton. Saya terpaksa menanggung kerugian RM320 untuk minyak gearbox,” katanya.

Pada pendengaran kedua kes itu Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Cawangan Tawau 25 Mursalih Abd Hamid, Pengurus Servis Tawau Subhan Darman serta mekanik Sabri Dugu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here