Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Lelaki ugut bunuh ibu gara-gara tidak diberi wang
Published on: Wednesday, December 10, 2025
Published on: Wed, Dec 10, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Lelaki ugut bunuh ibu gara-gara tidak diberi wang
Jasmin berkata, suspek dilaporkan menumbuk dinding rumah serta mengeluarkan ugutan bunuh, sekali gus menimbulkan suasana tegang dan menakutkan mangsa.
TAWAU: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis selepas didakwa bertindak agresif dan mengugut untuk membunuh ibu kandungnya sendiri kerana tidak diberikan wang, dalam kejadian di Batu 2, Jalan Apas, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) di kampung sama kira-kira jam 3 petang Ahad.

Advertisement
“Sebelum kejadian berlaku, mangsa wanita tempatan berusia 58 tahun didatangi suspek di kediamannya kira-kira jam 7.30 malam.

“Suspek dipercayai naik berang dan bertindak agresif selepas ibunya menolak permintaan untuk memberikan sejumlah wang sebagaimana dituntut,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Jasmin berkata, suspek dilaporkan menumbuk dinding rumah serta mengeluarkan ugutan bunuh, sekali gus menimbulkan suasana tegang dan menakutkan mangsa.

Bimbang akan keselamatan diri, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis, yang membawa kepada operasi menjejaki dan menahan suspek oleh pasukan BSJD.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau berkata pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum ketika melakukan tangkapan selepas suspek cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam parit berhampiran lokasi kejadian.

“Suspek berjaya ditahan tanpa sebarang kecederaan serius dan kini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Advertisement
Menurut Jasmin, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan ugutan jenayah, termasuk melibatkan ahli keluarga sendiri, kerana perbuatan sedemikian boleh menggugat keselamatan awam,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here