Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Warga Filipina dipenjara cederakan lelaki guna gunting
Published on: Wednesday, December 10, 2025
Published on: Wed, Dec 10, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Warga Filipina dipenjara cederakan lelaki guna gunting
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya itu memperuntukan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. 
Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga Filipina berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret pada Selasa kerana mencederakan seorang lelaki menggunakan gunting dalam kejadian tiga bulan lalu.

Tertuduh Raj Sapari yang tidak memiliki dokumen sah mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan melakukan kesalahan terhadap Matt Shazeeley Mohd Salleh pada jam 3.39 pagi, 9 September lalu di sebuah rumah di Taman Suria Kepayan, Kobusak.

Advertisement
Raj menukar pengakuanya kepada bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut semasa pengurusan kes prabicara.

Pegawai pendakwa Inspektor Yusdi Basri memberitahu mahkamah bahawa Matt telah membuat laporan polis pada jam 8.25 pagi pada hari yang sama mendakwa Raj telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumahnya dan menyerangnya ketika dia berada di dalam rumah.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Siasatan mendapati Matt terlihat Raj berkeliaran di dalam kawasan rumahnya tanpa kebenaran. Apabila Matt menegurnya Raj tiba-tiba menerjah ke arah mangsa dan menyerangnya menggunakan sepasang gunting berwarna hitam.

Berlaku pergelutan antara mereka yang menyebabkan Matt mengalami kecederaan sehingga memerlukan tiga jahitan di bahu kanan dan dua jahitan di bawah ibu jari tangan kiri.

Advertisement
Rakaman CCTV yang diperoleh dari lokasi kejadian turut menunjukan Raj memasuki kawasan rumah tersebut dan menyerang mangsa.

Mahkamah memerintahkan Raj menjalani hukuman dari tarikh tangkapanya dan selepas itu dirujuk kepada Jabatan Imigresen.

Advertisement
Sementara itu Raj turut dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah mengambil dadah jenis syabu.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya itu memperuntukan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Mahkamah mengarahkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkapan.

Dalam kes berasingan seorang wanita berusia 21 tahun didenda RM1,800 atau penjara sebulan kerana terlibat dalam perjudian awam.

Tertuduh Vickey Dee Bond Joudin mengaku bersalah menyertai aktiviti tambah nilai perjudian dalam talian di sebuah kedai runcit di Jalan Kionsom Lama, Inanam pada jam 4.34 petang, 21 November lalu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 memperuntukan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Mahkamah diberitahu bahawa bertindak atas maklumat menerusi Op Dadu sepasukan polis menjalankan pemantauan di premis tersebut selama kira-kira lima minit sebelum mendekati tertuduh yang sedang duduk di sebuah meja di luar kedai.

Vickey menyerahkan MyKad miliknya untuk diperiksa. Pemeriksaan lanjut menemui barangan yang digunakan untuk aktiviti tambah nilai perjudian 4D secara dalam talian.

Polis kemudian menahanya dan merampas barangan terbabit termasuk wang tunai RM108.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Vickey mengaku terlibat dalam aktiviti perjudian di premis itu selama kira-kira dua bulan.

Majistret Marilyn memerintahkan wang rampasan tersebut dilucut hak sebagai hasil kerajaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here