Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Bicara kes Albert Tei bermula April depan
Published on: Wednesday, December 10, 2025
Published on: Wed, Dec 10, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Bicara kes Albert Tei bermula April depan
Bagi pertuduhan pertama Tei didakwa memberi rasuah berjumlah RM150,000 kepada bekas Adun Tanjung Batu Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy sebagai dorongan untuk membantu dalam proses permohonan Lesen Prospek bagi penerokaan mineral oleh Sinaran Hayat Sdn Bhd di Sabah.
Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan yang berdepan dua pertuduhan menawarkan rasuah berjumlah RM350,000 kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkaitan permohonan lesen penerokaan mineral di Sabah akan dibicarakan pada 20 hingga 24 April 2026.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh perbicaraan itu terhadap tertuduh Datuk Tei Jiann Cheing, 37, yang juga dikenali sebagai Albert Tei ketika kes dikemukakan untuk pengurusan kes prabicara.

Advertisement
Dianggarkan kira-kira 15 orang saksi akan dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan nanti.

Dalam prosiding pada Selasa pihak pendakwaan turut menyerahkan dokumen tambahan kepada pihak pembelaan iaitu dua salinan cakera padat (CD).

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Bagi pertuduhan pertama Tei didakwa memberi rasuah berjumlah RM150,000 kepada bekas Adun Tanjung Batu Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy sebagai dorongan untuk membantu dalam proses permohonan Lesen Prospek bagi penerokaan mineral oleh Sinaran Hayat Sdn Bhd di Sabah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 11 malam, 12 Mei 2023 di kediaman Andi di Jalan Pantai, Sembulan.

Advertisement
Bagi pertuduhan kedua Tei didakwa memberi rasuah RM200,000 kepada bekas Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob sebagai dorongan untuk membantu memproses permohonan Lesen Prospek bagi syarikat Nusa Kini Sdn Bhd untuk tujuan penerokaan mineral di Sabah.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada jam 2 petang, 6 Mac 2023 di Rooftop Bar & Grill @ Hilton.

Advertisement
Difahamkan syarikat Nusa Kini dan Sinaran Hayat yang beroperasi di Sabah adalah milik rakan kongsi perniagaan tertuduh.

Tei didakwa di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau mengambil alih kes berkenaan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau turut memaklumkan bahawa dokumen tambahan berupa salinan CD itu masih belum diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum ini dan telah diserahkan pada Selasa.

Dzulkarnain kemudian memohon agar tarikh perbicaraan ditetapkan sekiranya tiada isu lain dibangkitkan oleh pihak pembelaan.

Peguam Edward Paul yang bersama Bartholomew Jinggulam dan Jul Hamri mewakili tertuduh menyatakan pihak pembelaan tiada perkara lain untuk dibangkitkan.

Mahkamah kemudian membenarkan lanjutan ikat jamin terhadap tertuduh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here