Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
PBS-Gagasan Rakyat Kundasang pastikan kemenangan calon GRS
Published on: Tuesday, November 04, 2025
Published on: Tue, Nov 04, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
PBS-Gagasan Rakyat Kundasang pastikan kemenangan calon GRS
DR Joachim dan Johari bertekad menjalin kerjasama yang kukuh dalam menghadapi PRN17 akan datang.
Kundasang: Kerjasama Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakrat) Kundasang diperkukuh menerusi pakatan persefahaman bagi memastikan peluang kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Kerjasama itu dipersetujui secara pertemuan empat mata antara dua pemimpin utama parti iaitu Ketua Bahagian PBS Kundasang Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kundasang Johari @ Joe Suhaimin.

Advertisement
Pada majlis itu Dr Joachim memberi taklimat ringkas mengenai persiapan pilihan raya daripada PBS dan turut menerangkan strategi pilihan raya yang akan dijalankan.

Beliau mengalu-alukan kerjasama daripada Gagasan Rakyat Kundasang dan bersetuju untuk bekerjasama dalam satu pasukan yang akan diagihkan kepada kumpulan kecil untuk pergerakan kempen.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kerjasama antara dua parti terbesar di Kundasang yang bernaung di bawah GRS untuk terus menjadi pilihan pengundi pada PRN17 yang berlangsung 29 November nanti,” katanya.

Sementara itu Johari berkata mengenai data pengundi akan digunakan untuk kerja yang lebih fokus.

Advertisement
Beliau dan pasukanya memberi sokongan penuh kepada bakal calon dan akan memastikan penglibatan Gagasan Rakyat dalam jentera kempen.

“Kami berikan jaminan 100 peratus bahawa Gagasan Rakyat Kundasang akan memberi kerjasama sebaik mungkin dan tanpa teragak-agak untuk memastikan calon GRS kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here