Mon, 22 Jun 2026
Headlines:
Empat ditahan di Lahad Datu berkaitan dadah
Published on: Saturday, June 20, 2026
Published on: Sat, Jun 20, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Empat ditahan di Lahad Datu berkaitan dadah
LAHAD DATU: Polis menahan empat lelaki dan merampas 32.65 gram syabu menerusi beberapa operasi yang dijalankan di sekitar daerah ini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Polis Dzulbaharin berkata suspek ditahan dalam Op Tapis selama empat jam yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Polis Sabah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND).

Advertisement
Beliau berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota menahan sebuah kereta Proton Saga kira-kira jam 9 pagi di kawasan parkir Jalan Dam.

“Hasil pemeriksaan menemui 86 paket kecil mengandungi syabu seberat 32.60 gram yang disorokkan di dalam sebuah beg hitam, selain merampas dua telefon bimbit dan kenderaan tersebut. Dua suspek ditahan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Dzulbaharin, beberapa jam kemudian pasukan itu menyerbu sebuah bilik sewa di Jalan Reno Fajar dan menahan dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Serbuan itu membawa kepada rampasan 0.05 gram syabu yang disimpan di dalam kotak rokok bersama kerajang aluminium dan sebatang penyedut minuman yang telah diubah suai.

Advertisement
Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif mengambil dadah jenis amfetamin dan metamfetamin. Semakan turut mendapati mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dzulbaharin berkata sebanyak 32.65 gram syabu yang dirampas dalam operasi itu berpotensi memusnahkan masa depan ratusan penagih dadah dan Polis Daerah Lahad Datu komited untuk terus membanteras kegiatan penyalahgunaan serta pengedaran dadah di daerah ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here