Sun, 21 Jun 2026
Headlines:
SPANS terima 500,000 permohonan jawatan tahun lepas
Published on: Friday, June 19, 2026
Published on: Fri, Jun 19, 2026
Text Size:
Text:
SPANS terima 500,000 permohonan jawatan tahun lepas
MUSA (lima dari kanan) menerima cenderamata daripada Sukarti (lima dari kiri).
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) menerima kira-kira 500,000 permohonan bagi pengisian jawatan pada 2025.

Pengerusi SPANS, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, jumlah itu melibatkan dua siri pengambilan yang mana siri pertama menerima kira-kira 230,000 permohonan manakala siri kedua menerima lebih 150,000 permohonan.

Advertisement
“Apabila kita mengiklankan jawatan-jawatan kosong, bilangan permohonan yang diterima amat menggalakkan. Secara keseluruhan, jumlah permohonan yang diterima hampir 500,000.

“Manakala dari segi lantikan kita melihat kepada keperluan. Jabatan-jabatan atau kementerian-kementerian akan kemukakan kepada SPANS jawatan kosong yang perlu diisi dan SPANS akan iklankan,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Sukarti, kunjungan berkenaan merupakan kunjungan tahunan yang bertujuan untuk menyerahkan laporan tahunan aktiviti SPANS sepanjang tahun lalu.

Sementara itu, beliau memaklumkan SPANS turut terlibat dalam pelbagai program antaranya menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam seluruh Malaysia pada tahun lepas.

Advertisement
“SPANS juga dijadual menghadiri pertemuan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan negeri-negeri lain pada Julai ini bagi berbincang dan berkongsi pengalaman tentang pengurusan sumber manusia di negeri masing-masing.

“Selain itu, ahli-ahli SPANS juga aktif ke daerah-daerah bagi menjalankan sesi temu duga untuk pengisian jawatan yang diiklankan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Advertisement
Hadir sama, ahli-ahli SPANS, Datuk Awang Jami @ Awang Shamsi, Datuk Janet Chee, Datuk Idrus Shafie, Datuk Iman Ali, Datuk Patrick Tan dan Ariffin Gadait.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here