Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Pengawal keselamatan mengaku salah cabul murid sekolah
Published on: Wednesday, June 10, 2026
Published on: Wed, Jun 10, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pengawal keselamatan mengaku salah cabul murid sekolah
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (SOACA) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun yang mengaku bersalah melakukan gangguan seksual fizikal terhadap seorang murid sekolah memberitahu Mahkamah Sesyen pada Selasa bahawa “tiada sesiapa yang terlepas daripada melakukan kesilapan.”

Mohd Firdaus Basir membuat pengakuan dan menyatakan kata-kata tersebut di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan semasa pengurusan kes pra-perbicaraan pada Selasa.

Advertisement
Sebelum membuat pengakuan itu Firdaus sempat menyoal mahkamah sama ada dia akan dihukum tanpa belas kasihan. 

Hakim kemudian menjawab “Jika anda mengatakan tiada belas kasihan, saya adalah manusia bukannya robot. Anda akan diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman (mitigasi) sebelum hukuman dijatuhkan.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Firdaus kemudian dengan rendah diri mengakui kesalahannya.

Bagaimanapun fakta kes masih belum siap dan mahkamah menangguhkan tarikh hukuman terhadap Firdaus kepada 11 Jun tahun ini.

Advertisement
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sembilan bulan dengan memeluk dan mencium pipinya bagi tujuan seksual pada jam 5.50 pagi, 13 Januari lalu di sebuah sekolah di Tuaran.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (SOACA) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mohd Firdaus juga berdepan hukuman tambahan mengikut Seksyen 16(1) akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat sekurang-kurangnya dua kali.

Sementara menunggu tarikh tersebut Mohd Firdaus diperintahkan untuk terus direman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim manakala Firdaus tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here