Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Jaminan keselamatan semasa Pilihan Raya Kecil
Published on: Wednesday, December 17, 2025
Published on: Wed, Dec 17, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Jaminan keselamatan semasa Pilihan Raya Kecil
Komander Esscom, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, Esscom akan memastikan keseluruhan proses pilihan raya berjalan lancar dan terkawal.
LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memberi jaminan bahawa persiapan keselamatan berada pada tahap kukuh menjelang pilihan raya kecil (PRK) akan datang, khususnya di kawasan Kinabatangan.

Komander Esscom, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, Esscom akan memastikan keseluruhan proses pilihan raya berjalan lancar dan terkawal.

Advertisement
Menurutnya, operasi bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan diteruskan sepanjang tempoh pilihan raya bagi mengekalkan suasana aman dan teratur.

“Jangan bimbang dan laksanakan tanggungjawab tanpa rasa gusar terhadap keselamatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Stor Strategik Esscom di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Datuk Dr Jamaluddin Ali.

Mengulas mengenai kemudahan berkenaan yang disiapkan oleh kontraktor berpangkalan di Sabah, Victor berkata stor strategik yang dinaik taraf itu bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan operasi di Esszone dengan membolehkan penggerakan aset-aset penting dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.

Advertisement
Kemudahan yang siap dibangunkan dengan peruntukan RM288,388 di bawah Kementerian Dalam Negeri itu membolehkan peralatan penting ditempatkan di luar premis pejabat serta sedia digunakan bagi operasi bersama.

Projek yang dilaksanakan di bawah Fasa Kedua pelan pembangunan Esscom itu menyediakan infrastruktur dan kelengkapan khusus bagi menempatkan aset taktikal dan strategik untuk kegunaan anggota Esscom serta agensi keselamatan rakan yang beroperasi di darat, laut dan udara.

Advertisement
“Fasiliti ini juga membuktikan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh aset keselamatan negara, meningkatkan keupayaan taktikal pasukan keselamatan serta memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here