DARI arena bawah tanah (underground), kumpulan Stereoangel mengorak langkah baharu dalam karier seni mereka apabila melahirkan album sulung berjudul Abstraksasi.
Vokalisnya Qammal Maidi atau Mhai berkata Abstraksasi menjadi saksi perjalanan band dari Tuaran itu dalam perjuangan seni mereka sejak ditubuhkan pada 2005.
“Album ini menampilkan pendekatan yang lebih matang dari segi susunan muzik berbanding ketika kami aktif dalam ‘scene’ bawah tanah.
“Bukan sekadar sebuah album tetapi ia juga merupakan perjalanan emosi dan pengalaman sebenar yang kami terjemahkan secara sonik.
“Boleh dikatakan Abstraksasi adalah karya paling teliti pernah kami hasilkan setakat ini,” katanya kepada Hiburan Ekspres.
Advertisement
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.






