Fri, 19 Jun 2026
Headlines:
Kesuma, HRD Corp santuni 355 KIR mangsa kebakaran
Published on: Tuesday, June 16, 2026
Published on: Tue, Jun 16, 2026
Text Size:
Text:
Kesuma, HRD Corp santuni 355 KIR mangsa kebakaran
KHAIRUL Firdaus (kiri) bersalaman dengan salah seorang penerima bantuan.
SANDAKAN: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), Human Resource Development Corporation (HRD Corp) serta MyKasih menyantuni seramai 355 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Bahagia.

Timbalan Menteri Kesuma Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata sumbangan berupa baucar RM300 serta RM500 yang dikreditkan ke dalam aplikasi MyKasih tersebut merupakan inisiatif bagi meringankan beban kewangan mangsa kebakaran selepas insiden kebakaran 19 April yang lalu.

Advertisement
“Selama saya di Batu Sapi, Kampung Bahagia cukup istimewa kerana begitu banyak sumbangan yang disalurkan bukan sahaja daripada pihak kerajaan malah daripada pihak-pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Badan Bukan Kerajaan (NGO), individu perseorangan dan ramai lagi.

“Ini adalah satu rezeki yang luar biasa buat penduduk Kampung Bahagia kerana masih ramai di luar sana yang mengambil berat dan mempunyai rasa belas kasihan buat mangsa kebakaran demi memastikan semua mangsa yang terlibat dapat meneruskan kehidupan seharian,” katanya semasa berucap pada Majlis Jalinan Kasih HRD Corporation di Dewan PPR Batu Sapi pada Ahad. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu beliau menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk menempatkan semula mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Bahagia.

“Setiap lot akan disediakan sekitar 4,000 kaki persegi serta beberapa sumbangan untuk memastikan mangsa kebakaran dapat mendirikan semula rumah di Kampung Bahagia.

Advertisement
“Cuma ada kisah sedih sedikit bukan semua rumah dapat ditempatkan di Kampung Bahagia kerana saiz yang disediakan cukup besar dan tidak memuatkan semua rumah yang terjejas.

“Yang paling penting pembinaan semula Kampung Bahagia akan diisi semula kemudahan asas seperti air, elektrik, jambatan yang tersusun serta pembuangan sisa atau sampah yang sistematik agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang selesa,” ujarnya.

Advertisement
Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menyantuni semua mangsa kebakaran Kampung Bahagia sejak dari awal insiden tersebut berlaku antaranya jabatan kerajaan, NGO, GLC serta anggota keselamatan yang terlibat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here