Wed, 1 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pergolakan Timur Tengah: Bersedia bawa balik pelajar, jika…
Published on: Wednesday, April 17, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Pergolakan Timur Tengah: Bersedia bawa balik pelajar, jika…
Arifin berkata mereka mempunyai pengalaman menyelaras, memantau dan membawa balik pelajar sejak krisis politik di Mesir. - FOTO kanan untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan Tinggi dan Wisma Putra bersedia untuk sebarang kemungkinan – termasuk membawa pulang 336 pelajar Sabah – sekiranya keadaan di Timur Tengah bertambah buruk.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Pendidikan Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif  berkata mereka mempunyai pengalaman menyelaras, memantau dan membawa balik pelajar sejak krisis politik di Mesir.

Kerajaan Sabah sentiasa berhubung dengan Wisma Putra dan Kementerian dari semasa ke semasa. Dr Mohd Arifin yang juga Exco Hal Ehwal Islam Sabah, berkata 248 rakyat Sabah sedang menuntut di Mesir, 79 di Jordan dan sembilan di Arab Saudi di beberapa universiti dalam pelbagai jurusan di bawah biasiswa, dermasiswa dan ada juga yang belajar dengan perbelanjaan sendiri.

“Berikutan krisis terbaharu di Timur Tengah, saya meminta ibu bapa dan keluarga yang anak-anak mereka belajar di sana, supaya terus bertenang.

“Sebentar tadi saya telah berhubung dengan Timbalan Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin, yang memberi jaminan bahawa Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan bersedia sepenuhnya dan akan bertindak sewajarnya termasuk membawa pulang pelajar jika perlu.

“Kerajaan melalui Wisma Putra dan Kementerian memantau keadaan pelajar Malaysia, khususnya di Jordan dan Mesir,” katanya dalam catatan Facebooknya.

Di samping itu, Dr Mohd Arifin berkata Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar dan beliau sentiasa berhubung dengan wakil Sabah (Pengurus Kanan Pelajar Yayasan Sabah/Atase Pendidikan Sabah di Timur Tengah) Ustaz Sabli Aliju yang menjaga pelajar Sabah di Mesir, Jordan dan Arab Saudi, untuk mengetahui kesejahteraan dan situasi semasa di ketiga-tiga negara tersebut.

“Sama-samalah kita berdoa agar krisis ini kembali reda agar anak-anak kita selamat, tenang dan selesa mengharungi pengajian.

“Selain mendoakan keselamatan anak-anak kita (pelajar Sabah) di luar negara, marilah kita terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin yang sedang bergelut dan mengalami ujian,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here