Tue, 21 May 2024

HEADLINES :


60 pelajar B40 di Tuaran terima bantuan awal pengajian YBR
Published on: Thursday, April 18, 2024
Text Size:

60 pelajar B40 di Tuaran terima bantuan awal pengajian YBR
Madius (duduk, tengah) bersama Philip dan penerima.
Tuaran: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran menyalurkan RM30,000 sebagai bantuan awal pengajian kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

YBR menerusi kenyataan memaklumkan seramai 60 pelajar dalam kalangan keluarga B40 di daerah itu menerima bantuan berkenaan pada majlis penyerahan di sini hari ini, yang disempurnakan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

“Bantuan kewangan itu sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian,” menurut kenyataan itu.

Madius turut berterima kasih kepada YBR atas bantuan buat kali kedua berturut-turut dan berharap usaha itu dapat dikekalkan kerana masih ramai yang memerlukan bantuan dalam pendidikan.

Pengerusi YBR Datuk Phillip Benedict Lasimbang pula berkata bantuan tunai itu merupakan inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. 

Menurut kenyataan itu, pada tahun lepas sebanyak 3,580 pelajar di seluruh negara telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan peruntukan berjumlah RM2.29 juta.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here