Wed, 8 May 2024

HEADLINES :


Hantaran jelik nahas helikopter: Lelaki mohon maaf, didenda RM23,000
Published on: Friday, April 26, 2024
By: FMT
Text Size:

Hantaran jelik nahas helikopter: Lelaki mohon maaf, didenda RM23,000
Muhammad Saifuddin Shafik memohon maaf secara terbuka selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat hantaran jelik berhubung mangsa nahas helikopter di Lumut Selasa lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Taiping mendenda seorang peniaga dalam talian RM23,000 selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik mengenai mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut, Perak, Selasa lalu.

Muhammad Saifuddin Shafik, 36, turut memohon maaf secara terbuka selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu di depan Hakim Nabisha Ibrahim.

“Secara tulus ikhlas, saya mohon maaf kepada semua ahli keluarga mangsa dan anggota tentera,” kata Saifuddin menurut Sinar Harian.

“Saya memang amat menyesal dengan tingkah laku saya. Di sini saya (juga) ingin memohon maaf secara tulus ikhlas kepada mana-mana orang awam dan seluruh rakyat Malaysia amnya yang terkesan dengan ‘posting’ saya.”

Katanya, hantaran itu tidak wajar dilakukan sesiapapun dalam keadaan tragedi sedemikian.

Hakim turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan, jika gagal membayar RM23,000. Tertuduh kemudian membayar denda itu.

Dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia bertembung dan terhempas ketika menjalani raptai sempena lintas hormat sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.

Tragedi pagi Selasa di Pangkalan TLDM Lumut itu mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya, termasuk tiga wanita.

Sementara itu, di luar mahkamah, peguam Mohd Hafarizam Harun dan Amin Othman yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya membuat aku janji di mahkamah akan menyahaktifkan akaun X bagi mengelakkan perkara sama berulang.

“Dia telah mengambil iktibar dan pengajaran. Jadi, anak guam saya memohon suatu penutupan ke atas kemelut dan isu ini.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here