Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Kerajaan akan terus bantu penjaja, peniaga kecil: Ewon
Published on: Saturday, December 24, 2022
By: Bernama
Text Size:

Kerajaan akan terus bantu penjaja, peniaga kecil: Ewon
Ewon berkata berdasarkan kajian, sebanyak 97 peratus usahawan menyatakan hasrat untuk memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat Covid-19, iaitu dalam tempoh itu sebanyak 57.1 peratus perniagaan di kawasan bandar gulung tikar.
Kota Kinabalu: Kerajaan memberi komitmen untuk sentiasa membantu golongan penjaja dan peniaga kecil agar terus menjadi antara penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata ramai daripada golongan itu amat memerlukan bantuan kerajaan selepas terkesan dengan penularan Covid-19, terutama mereka yang menjadikan peniagaan sebagai punca utama pendapatan.

Selain itu, katanya bencana alam seperti banjir turut memberikan impak besar terhadap kehilangan harta benda yang mengakibatkan sebahagian perniagaan terpaksa menanggung kerugian besar.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK 2022) yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Putrajaya, Khamis lalu.

Ewon berkata berdasarkan kajian, sebanyak 97 peratus usahawan menyatakan hasrat untuk memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat Covid-19, iaitu dalam tempoh itu sebanyak 57.1 peratus perniagaan di kawasan bandar gulung tikar.

Katanya kajian itu juga mendapati usahawan memerlukan bantuan kerajaan dalam bentuk geran, pembiayaan serta latihan dan bimbingan.

HPPK disambut pada 18 Nov setiap tahun bagi menghargai sumbangan golongan penjaja dan peniaga kecil terhadap ekonomi negara.

Bertemakan “Kesepaduan Penjaja dan Peniaga Kecil Penjana Ekonomi Negara”, sambutan tahun ini menghimpunkan lebih 2,500 penjaja dan peniaga kecil dalam konvensyen satu hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Selain eskpo dan pameran, acara itu juga menyediakan maklumat perniagaan dan peluang pembiayaan serta pemasaran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here