Wed, 8 May 2024

HEADLINES :


Bangunan pejabat ladang musnah terbakar
Published on: Friday, April 26, 2024
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

Bangunan pejabat ladang musnah terbakar
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran itu.
KUNAK: Sebuah bangunan pejabat di ladang Co-Palm - Jalan Tun Fuad di sini musnah terbakar pada malam Rabu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.07 malam menerusi talian MERS999.

Sepasukan enam anggota diketuai Komander Operasi PBKII KUP Oma Tome bersama sebuah jentera FRT dan kenderaan EMRS ke lokasi kejadian yang jaraknya 20 kilometer dari balai bomba.

Bangunan pejabat lima pintu berkeluasan 40X50 kaki musnah terbakar keseluruhannya.

“Operasi memadam kebakaran menggunakan satu aliran, 200 kaki dengan satu pancutan sumber air dari jentera bomba,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Api terkawal jam 7.35 malam dan ditamatkan sepenuhnya jam 10.10 malam,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here