Tue, 30 Apr 2024

HEADLINES :


Kes anak maut berlumuran darah: Pistol ketua polis Lahad Datu dirampas
Published on: Wednesday, April 17, 2024
By: FMT
Text Size:

Kes anak maut berlumuran darah: Pistol ketua polis Lahad Datu dirampas
Polis Sabah klasifikasikan kematian anak perempuan ketua polis Lahad Datu sebagai mati mengejut.
PETALING JAYA: Polis merampas pistol semi automatik jenis Walther P99 milik ketua polis Lahad Datu susulan kes kematian anak perempuannya, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Shahurinain Jais, berkata tiada tangkapan dibuat dan siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Sehubungan itu, katanya, kes diklasifikasikan kematian mengejut (SDR) dengan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Tiada tangkapan setakat ini disebabkan tiada unsur jenayah membabitkan orang lain dalam kes ini,” katanya kepada Berita Harian.

Shahurinain berkata, tiga saksi sudah memberi keterangan untuk membantu siasatan polis, namun enggan mendedahkan identiti mereka.

Semalam, Ketua Polis Negara Razarudin Husain, dilaporkan berkata mangsa berusia 14 tahun ditemui kakaknya yang berusia 16 tahun, dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah bilik di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Beliau berkata, ketika kejadian bapanya, Dzulbaharin Ismail berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah susulan dinaikkan pangkat.

Dzulbaharin dilantik sebagai ketua polis Lahad Datu pada 1 April.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here