Tue, 30 Apr 2024

HEADLINES :


Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Published on: Monday, April 15, 2024
By: Bernama
Text Size:

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
HAJIJI (kiri) bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah di SICC. – fotoBERNAMA
Kota Kinabalu: Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Ahad.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta barisan ahli Kabinet negeri.

Pelbagai juadah seperti sate, ketupat, lemang dan rendang dihidangkan kepada tetamu menerusi 200 gerai disediakan selain majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada artis tempatan negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya ketika ditemui pemberita berkata majlis bermula dari 10 pagi hingga 2 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pelbagai lapisan rakyat.

“Saya harap sambutan ini dapat mengeratkan silaturahim pelbagai suku kaum yang ada di Sabah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here