Tue, 30 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah rekod 44 kes melioidosis tahun ini
Published on: Sunday, April 14, 2024
By: Bernama
Text Size:

Sabah rekod 44 kes melioidosis tahun ini
Enam daerah tertinggi yang melaporkan kes melioidosis ialah Sandakan (12), Kota Kinabalu (11), Papar (5), Penampang (5), masing-masing dua kes di Sipitang dan Keningau, kata Dr Asits dalam satu kenyataan.
Kota Kinabalu: Sebanyak 44 kes melioidosis direkodkan di Sabah hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-14 tahun ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Sanna.

Beliau berkata ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.

Enam daerah tertinggi yang melaporkan kes melioidosis ialah Sandakan (12), Kota Kinabalu (11), Papar (5), Penampang (5), masing-masing dua kes di Sipitang dan Keningau, katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Mengulas mengenai isu tular melalui Facebook berkenaan Kawalan Persekitaran Bagi Penyakit Berjangkit Melioidosis di Padang Ragbi, Tanjung Aru, beliau berkata pihaknya mengesahkan satu kes penyakit melioidosis di lokaliti terbabit yang dinotifikasikan pada 11 Mac. 

“Sampel tanah telah diambil di lokaliti berkenaan berdasarkan pergerakan kes yang pernah bermain ragbi di padang ragbi itu. 

“Satu sampel didapati positif dengan bakteria Burkholderia pseudomallei iaitu agen penyebab kepada penyakit melioidosis. Pesakit telah memberikan sejarah mengalami luka di bahagian kaki semasa bermain ragbi yang mungkin menyebabkan jangkitan kepada beliau,” katanya.

Dr Asits berkata penyakit melioidosis ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Burkholderia pseudomallei yang terdapat di permukaan air dan tanah. 

Katanya, manusia boleh dijangkiti penyakit ini apabila terdedah secara langsung kepada tanah dan sumber air yang tercemar dengan bakteria terbabit. Jangkitan sering berlaku terutamanya sewaktu musim hujan.

“Transmisi jangkitan boleh berlaku melalui saluran pernafasan (debu atau titisan air yang tercemar), terminum air yang tercemar atau melalui luka di kulit.

“Golongan yang berisiko tinggi ialah mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit hati, sakit buah pinggang, talasemia, kanser atau lain-lain keadaan daya tahan (imuniti) badan yang rendah,” katanya.

Beliau berkata antara gejala yang mungkin dialami adalah seperti demam yang tinggi, sakit sendi, batuk, sakit dada, kudis, bisul, nanah, sakit kepala, tiada selera makan dan rasa lesu seluruh badan.

Penyakit ini, menurut beliau, boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentu, serta rawatan awal dengan antibiotik adalah perlu bagi mengelakkan pesakit, terutamanya golongan berisiko tinggi, daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk dan mengelakkan daripada kematian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here