Tue, 30 Apr 2024

HEADLINES :


Hongkod Avenue produk pelancongan baharu Sabah
Published on: Sunday, April 14, 2024
By: Bernama
Text Size:

Hongkod Avenue produk pelancongan baharu Sabah
PAIRIN (tiga, kiri) menunjukkan makanan tradisional ‘Hinava’ selepas melakukan perasmian pembukaan Hongkod Avenue pada Sabtu. – fotoBERNAMA
PENAMPANG: Perasmian gerai Hongkod Avenue  di sini pada Sabtu merupakan mercu tanda terbaru bagi pelbagai makanan dan kraf tradisional serta inisiatif untuk memelihara warisan Sabah.

Hongkod Avenue bernilai RM1.2 juta itu menyediakan 22 gerai makanan dan 12 gerai kraf tangan yang dibina di pekarangan Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini.

Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika berucap merasmikan majlis pembukaan Hongkod Avenue di sini, pada Sabtu, berkata ia bakal menjadi produk pelancongan negeri itu.

“Kita perlukan satu pusat untuk mempromosikan bukan saja kekuatan budaya tetapi juga untuk mempromosikan makanan dan kraf tradisional di Sabah. Saya berharap Hongkod Avenue akan menjadi satu tarikan pelancongan, sekali gus membantu mempertingkatkan lagi ekonomi di Sabah,” katanya.

Pembukaan gerai-gerai di Hongkod Avenue ini menandakan acara yang bersejarah kerana pembukaannya tepat pada masanya untuk Pesta Kaamatan bulan depan.

“Hongkod Avenue akan menawarkan pengalaman membeli-belah baharu untuk penduduk tempatan dan pelancong. Dengan pelbagai jenis makanan yang lazat dan kraf tangan, Hongkod Avenue akan menjadi tempat yang baik untuk menikmati citarasa yang berbeza dan meneroka budaya tempatan.”

Beliau berkata KDCA sedang memulakan perjalanan untuk menjadikan Hongkod Koisaan pusat dinamik di mana semua orang boleh berkumpul.

“Ia bukan hanya sekadar mengenai penambahbaikan fizikal tetapi juga menjadikan Hongkod Koisaan tempat di mana keluarga dan rakan boleh berkumpul untuk menikmati makanan, membina kenangan, berkongsi memori, dan menikmati keindahan tradisi kami,” katanya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here