Mon, 29 Apr 2024

HEADLINES :


Notis gangguan air beri bebanan tambahan kepada rakyat: Wira Warisan
Published on: Saturday, March 09, 2024
By: Agust Dean
Text Size:

Notis gangguan air beri bebanan tambahan kepada rakyat: Wira Warisan
Menurut Terence, biarpun perbelanjaan yang terlibat dalam pembelian tong simpanan air dan air mineral mungkin tidak besar namun, situasi yang berlaku mengundang kemarahan rakyat.
Kota Kinabalu: Tindakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengeluarkan notis gangguan bekalan air selama 10 hari bukan hanya mengundang panik malah, menyebabkan pengguna terpaksa berbelanja untuk perkara yang tidak perlu,” kata Pemangku Ketua Wira Warisan, Terence Au.

Katanya, dalam kesibukan ibu bapa menyediakan peralatan persekolahan anak-anak, mereka juga terpaksa berbelanja untuk membeli tong simpanan air sebagai persediaan menghadapi gangguan bekalan air yang dimaklumkan bermula 7 hingga 16 Mac.

Terence berkata, itu antara aduan yang diterima daripada rakyat di kawasan yang sepatutnya terkesan akibat gangguan bekalan air.

Beliau berkata, biarpun notis tersebut ditarik balik atas arahan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya namun, ada antara pengguna yang telah membuat pembelian tong simpanan air dan air mineral berkotak-kotak.

“Perbelanjaan tambahan sebegitu tidak seharusnya berlaku dalam keadaan kewangan rakyat yang amat terhad kerana perlu membuat persiapan pembukaan sekolah dan menyambut ketibaan bulan Ramadan.

“Walaupun menteri telah memohon maaf sehari selepas notis gangguan itu dikeluarkan namun, perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku.

“Keadaan ini jelas menunjukkan tiada komunikasi antara JANS dan pihak kementerian. Mengapa pihak atasan tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum notis sebegitu dikeluarkan oleh Jabatan Air?,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Warisan (Warisan) pada Jumaat.

Menurut Terence, biarpun perbelanjaan yang terlibat dalam pembelian tong simpanan air dan air mineral mungkin tidak besar namun, situasi yang berlaku mengundang kemarahan rakyat.

Katanya, rakyat menjadi marah apabila Shahelmey menyatakan notis gangguan bekalan air yang dikeluarkan telah salah klasifikasi dan notis tersebut telahpun ditarik semula.

Beliau turut sependapat dengan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis bahawa gangguan bekalan air yang sedang berlaku di Sabah adalah satu krisis.

Jika benar kutipan hasil negeri Sabah tinggi dan mencecah RM7 bilion, kenapa tidak hasil tersebut digunakan bagi menyelesaikan kemudahan infrastruktur asas seperti air ini dengan secepatnya.

“Untuk pemotongan air, JANS memang nombor satu. Bila bil-bil air tidak dibayar terus air akan disekat dan dipotong namun, apabila ada masalah bekalan, rakyat disuruh menghubungi lori air yang perlu dibayar sendiri oleh rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri perlu menyediakan rancangan jangka pendek untuk membantu rakyat di kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air.

Tidak seharusnya rakyat dibiarkan membeli air sendiri kerana ia sudah pasti menambah bebanan kos hidup mereka. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here