Sun, 19 May 2024

HEADLINES :


GRS selesa kerjasama Pakatan Harapan Sabah
Published on: Tuesday, May 07, 2024
Text Size:

GRS selesa kerjasama Pakatan Harapan Sabah
Joniston berkata pada awal 2022, PH Sabah memilih untuk menyokong Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri apabila ada gerakan untuk menumbangkan kerajaan negeri pada masa itu.
Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak ada sebab untuk  menjalinkan kerjasama dengan parti lain yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia, mengambil kira keyakinan rakyat kepada GRS dan keserasiannya dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam mentadbir negeri pada masa ini.

Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai (gambar) berkata gabungan tempatan itu akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan PH Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.

Menurutnya, GRS amat selesa bekerja dengan PH Sabah serta parti-parti lain yang menyertai kerjasama membentuk kerajaan negeri ketika ini.

“Oleh itu GRS akan menumpukan usaha merealisasikan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam membangunkan negeri dan menyatupadukan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Parti komponen GRS terdiri daripada Gagasan Rakyat, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Joniston berkata pada awal 2022, PH Sabah memilih untuk menyokong Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri apabila ada gerakan untuk menumbangkan kerajaan negeri pada masa itu.

“Keputusan PH Sabah menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri didorong kebimbangan momentum membangunkan Sabah terganggu oleh keadaan politik tidak stabil akibat tindakan pihak tertentu yang mahu menggulingkan kerajaan sudah terbentuk,” katanya.

Beliau berkata GRS juga melihat hasrat atau minat mana-mana parti itu untuk bekerjasama sebagai tanda keyakinan terhadap keikhlasan dan kesungguhan GRS sebagai peneraju kerajaan Sabah.

“Sebagai gabungan parti tempatan, GRS akan sentiasa berpandu kepada pandangan dan sentimen rakyat Sabah dalam membuat sebarang keputusan,” katanya.

Ahad lepas, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin berkata partinya akan meneliti kemungkinan kerjasama dengan GRS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, manakala Sabtu lepas Presiden Parti  Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata partinya terbuka menjalin kerjasama dengan semua parti di Sabah termasuk parti mentadbir kerajaan negeri.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata GRS dianggotai beberapa parti dan segala keputusan termasuk soal kerjasama antara parti memerlukan perbincangan serta persetujuan semua pihak.

“Kita gembira kerana ada parti luar berminat bekerjasama dengan kita. Ini menunjukkan parti kita dipandang tinggi dan diyakini mampu untuk mentadbir kerajaan Sabah,” katanya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here