Sat, 4 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

5 kampung terputus bekalan air bersih
Published on: Tuesday, April 09, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:

5 kampung terputus bekalan air bersih
SIMON (tengah) bersama rombongan semasa meninjau salah sebuah jambatan yang mengalami kerosakan struktur.
Tenom: Lima kampung di Melalap terputus bekalan air bersih selepas banjir kilat yang berlaku di kawasan itu pada petang Ahad.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Melalap Simon Mamat berkata, kampung terbabit ialah Kampung Pagansangon, Sawang, Tukalilan, Langsat dan Kasiai.

Katanya, penduduk di kampung-kampung tersebut bergantung dengan bekalan air paip graviti dari hulu sungai tidak tercemar, yang mengalir dari hutan Taman Negara Banjaran Crocker.

“Tetapi sumber bekalan air bersih berkenaan terputus sementara waktu selepas banjir kilat menyebabkan batang paip putus,” katanya kepada Daily Express selepas meninjau kesan banjir kilat itu pada Isnin.

KEADAAN kawasan rumah penduduk yang dilanda banjir kilat pada petang Ahad. 

Bagaimanapun, beliau yakin bekalan air mereka akan pulih dalam sehari dua kerana pemimpin dan penduduk kampung sepakat mencari alternatif membuat penyelenggaraan.

Menurut Simon, sebenarnya paip graviti tersebut telah dinaiktaraf penghujung tahun lalu dan diserahkan kepada pengurusan kampung-kampung terbabit pada 20 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, selain bekalan air bersih terputus, terdapat juga kerosakan harta benda dalam rumah penduduk yang ditenggelami air.

“Terdapat juga jalan dan beberapa jambatan yang mengalami kerosakan struktur akibat hakisan tebing,” katanya.

Simon berkata, beliau akan membuat laporan lengkap kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah untuk tindakan susulan.

Dalam masa yang sama, beliau juga meminta mana-mana jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan, terutama JPS dan JKR, supaya membuat tinjauan dan kajian jangka panjang bagi mengatasi banjir kilat yang sering berlaku di kawasan ini.

Banjir kilat akibat hujan berterusan kira-kira tiga jam itu turut menjejaskan sebahagian bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Melalap yang menyebabkan beberapa kerosakan peralatan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di dewan sekolah itu.

Tinjauan Daily Express mendapati selain beberapa rumah penduduk, bangunan kedai Melalap juga dilanda banjir kilat itu dan menyebabkan perniagaan mereka terjejas dalam sehari dua ini.

Terdapat juga tanaman jangka pendek dan kolam penduduk mengalami kerosakan akibat banjir kilat itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here