Sat, 4 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Jaminan bekalan air bagi Papar menjelang Raya
Published on: Friday, April 05, 2024
By: Agust Dean
Text Size:

Jaminan bekalan air bagi Papar menjelang Raya
MOHD Fuad (kedua, kanan) semasa sidang akhbar tersebut.
PAPAR: Lebih 100,000 penduduk di daerah ini dijangka menghadapi masalah air sehingga Hari Raya Aidilfitri jika hujan tidak turun berterusan selama enam jam di kawasan hulu.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar akan memastikan bekalan air terus dinikmati penduduk di daerah itu.

Pengerusi JPBD Papar, Mohd Fuad Abdullah berkata, penutupan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) Limbahau sejak 48 hari lalu mengakibatkan 44 kampung terjejas akibat tiada bekalan air.

“Walaupun operasi pembenihan awan telah dijalankan dan kita dapat nikmati hujan, namun keadaan air masin di kawasan muka sauk tidak turun, maka dua LRA di Limbahau tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

“Kita memerlukan hujan lebat sekurang-kurangnya enam jam untuk menolak keluar air masin dari kawasan muka sauk,” katanya semasa sidang akhbar mengenai perkembangan bencana kemarau daerah Papar, di sini pada Khamis.

Pegawai Daerah Papar itu berkata, pada masa ini bacaan tahap kemasinan air di kawasan muka sauk adalah 3,102 miligram per liter (mgl) berbanding standard yang dibenarkan 120mgl. Selagi kadar air masin di LRA Limbahau tidak turun, maka kedua-dua loji tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

Ketika ini, operasi LRA EWSS yang berkapasiti 10 MLD ditutup sepenuhnya, manakala LRA Jetama yang berkapasiti 13 MLD kini hanya mampu beroperasi pada kadar lapan MLD.

Menurut Mohd Fuad, walaupun operasi pembenihan awan telah dilakukan pada 28 hingga 31 Mac lalu, namun hujan tidak turun di kawasan hulu disebabkan faktor angin dan sebagainya.

Sehubungan itu, beliau meletak harapan agar kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri bersama agensi berkaitan dapat meneruskan operasi pembenihan awan di kawasan yang benar-benar terjejas akibat kemarau.

Untuk memudahkan penduduk menyambut Aidilfitri, JPBD Papar akan memastikan penghantaran air ke tangki-tangki statik dan kampung-kampung terjejas diteruskan pada Aidilfitri yang bakal disambut minggu depan.

Mengulas lanjut, beliau berkata secara purata agihan air bersih yang disalurkan kepada penduduk di kawasan terjejas adalah 500,000 hingga sejuta liter sehari.

Berdasarkan situasi semasa, sebanyak lapan kampung sama sekali tiada bekalan air, manakala 12 kampung lagi mengalami masalah tekanan air rendah hingga menyebabkan sesetengah kawasan tidak menerima bekalan air.

Menurut beliau, status bekalan air terawat Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Papar pada masa ini adalah sebanyak 48 juta liter sehari (MLD) iaiti 40 MLD dari LRA Kogopon dan lapan MLD dari LRA Jetama.

Kadar pengeluaran air di Papar adalah 53 MLD sekiranya ketiga-tiga loji beroperasi pada kapasiti maksimum.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah meluluskan pembinaan muka sauk kedua di LRA EWSS Limbahau bagi memastikan loji itu terus beroperasi biarpun berlaku kemasukan air masin ke muka sauk pada masa akan datang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here