Sun, 28 Apr 2024

HEADLINES :


Sedco teruskan jelajah bantu masjid, surau di pedalaman
Published on: Thursday, March 21, 2024
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:

Sedco teruskan jelajah bantu masjid, surau di pedalaman
Kota Kinabalu: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) komited meneruskan program tahunan khasnya bagi mengimarahkan bulan mulia Ramadan menerusi Program Rantaian Kasih Ramadan.

Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulannya, Arnahal Yusof berkata ia mula dijalankan sejak empat tahun lalu dan diteruskan dengan mensasarkan masjid serta surau di kawasan pedalaman.

“Setiap tahun kita jelajah di lokasi berlainan, dan tahun ini, ziarah kita adalah di kawasan pedalaman bawah, dari Kota Kinabalu hingga Kuala Penyu, Bongawan, Beaufort, Sipitang dan Ranau,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Berbuka Puasa, Sedco bersama media di sini, Selasa.

Program itu tahun ini, katanya bermula 19 Mac lalu dan dijangka selesai 27 Mac ini, yang membabitkan penyerahan sumbangan tunai dan barang keperluan seperti rehal, al-Quran, karpet, dan lain-lain.

Menurut Arnahal lagi, program itu merupakan sebuah inisiatif dan kerjasama Sedco yang melibatkan Badan Islam Kumpulan Sedco.

Selain itu, Arnahal juga memberitahu Sedco juga menggalakkan kakitangannya untuk menghidupkan suasana Ramadan di ruang pejabat dengan melaksanakan aktiviti ibadah bersama.

“Di pejabat, kita buka ruang surau di tingkat 2, yang mana kita selaraskan bersama kakitangan, dan juga Badan Islam Kumpulan Sedco, kita agihkan al-Quran kepada semua. 

“Kita wujudkan suasana tadarus dan mengaji dalam kalangan kakitangan di pejabat.

“Hal ini antaranya adalah untuk ‘menghidupkan’ jiwa Ramadan dan tawaduk kita kepada Allah dan untuk kita saling mengingati bahawa bulan mulia ini adalah bulan kita mendekatkan diri kepadaNya dengan aktiviti keagamaan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya, Sedco juga akan mengadakan Majlis Tamat Bacaan al-Quran atau tadarus pada 28 Mac ini sempena Nuzul al-Quran. Pelbagai aktiviti kebajikan sudah dirancang dalam takwim Ramadan Sedco, antaranya, Program Sedco Prihatin iaitu penyampaian baju raya untuk anak-anak yatim.

“Kita berharap dapat berkongsi dan memberi dengan lebih ramai lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini, termasuk Iftar Sedco dengan kakitangan dan syarikat kumpulan sumbangan zakat perniagaan kumpulan kita dalam bulan ini juga,” katanya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here