Wed, 8 May 2024

HEADLINES :


Peruntukan untuk sektor bukan Islam meningkat
Published on: Thursday, February 08, 2024
Text Size:

Peruntukan untuk sektor bukan Islam meningkat
Hajiji berkata Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM1.5 juta untuk pembelian kepala singa di seluruh negeri sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.
KERAJAAN Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM56.75 juta bagi pembangunan badan agama bukan Islam, sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan dan swasta tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata jumlah yang diperuntukkan tahun ini merupakan peningkatan sebanyak RM2.7 juta berbanding RM54.05 juta yang diperuntukkan tahun lepas.

Tambahnya, daripada jumlah yang diperuntukkan tahun ini, RM24.15 juta adalah untuk sekolah manakala baki RM32.6 juta adalah untuk institusi agama bukan Islam.

“Peningkatan peruntukan ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat prihatin dan serius membantu rakyat di negeri Sabah tanpa mengira kaum dan agama,” katanya pada

Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa yang dianjurkan oleh Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK) di Kota Kinabalu pada 27 Januari.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM1.5 juta untuk pembelian kepala singa di seluruh negeri sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

“2024 adalah Tahun Naga dalam Zodiak Cina, yang terkenal dengan kuasa, kehebatan dan keberaniannya.

“Saya berharap sifat semula jadi Naga akan menjadi pemangkin untuk kita meneruskan agenda pembangunan bagi memulihkan ekonomi, melaksanakan segala perancangan dan mencari peluang yang baik untuk negeri ini dan rakyat,” tambahnya.

Beliau menggesa rakyat Sabah agar terus menyokong inisiatif dan program pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Cina atas sokongan berterusan mereka dan kerana memikul tanggungjawab bersama-sama dengan Kerajaan untuk membangunkan negeri,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Persekutuan Datuk Chan Foong Hin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Mayor Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Dr Huang ShiFang, Presiden USCCAKK Datuk Susan Wong Siew Guen, Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Tan Sri T.C. Goh, Pengerusi Persatuan Hokkien Sabah Datuk Clement Yeh dan pegawai kanan lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here