Mon, 20 May 2024

HEADLINES :


Loji rawatan air untuk Pulau Banggi
Published on: Monday, May 06, 2024
Text Size:

Loji rawatan air untuk Pulau Banggi
HAJIJI menyerahkan kunci Rumah Mesra SMJ kepada penerima yang layak di Rumah Terbuka Aidil Fitri 2024 Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Dewan Tun Mustapha.
KUDAT: Kerajaan Negeri tegas menangani masalah air yang dihadapi penduduk Pulau Banggi melalui loji rawatan air baharu di pulau itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau akan mendapatkan laporan daripada Jabatan Air Sabah mengenai kos fasiliti itu bagi menentukan peruntukan yang diperlukan bagi pelaksanaannya.

“Insya-Allah, saya akan sediakan peruntukan,” kata Hajiji semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Banggi dan Tanjung Kapor di Dewan Tun Mustapha, pada Ahad.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan penyelesaian isu yang dihadapi rakyat, termasuk bekalan air dan keperluan asas penting lain, kerana ia penting untuk kesejahteraan masyarakat.

Kenyataan Hajiji itu bagi menjawab permintaan terhadap fasiliti sedemikian daripada Adun Banggi Mohamad Mohamarin bagi menangani krisis air yang berlarutan di sana.

Di Pulau Banggi, Ketua Menteri berkata beliau turut memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi penduduk di Tanjung Kapor dan kawasan lain di seluruh negeri.

Pada majlis itu, Hajiji menekankan kepentingan Kudat sebagai tempat kelahiran bapa kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun.

“Saya juga berharap Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita, bukan sahaja dengan orang Islam tetapi juga dengan bukan Islam,” katanya.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat mengingatkan ahli parti dan rakyat Kudat supaya memastikan parti dan sekutunya dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus kukuh dan dapat membela kebajikan rakyat di kawasan itu.

Beliau menolak dakwaan pembangkang terhadap kerajaan pimpinan GRS sekarang sebagai fitnah semata-mata bertujuan menggugat kestabilan Kerajaan Negeri dan menggesa pemimpin di semua peringkat menumpukan perhatian kepada tugas mereka untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyerahkan kunci Rumah Mesra SMJ kepada penerima yang layak, bantuan Kerajaan Negeri sebanyak RM540,000 kepada 27 ketua isi rumah yang menjadi mangsa kebakaran Kampung Tanjong Kapor Hujung, dan sumbangan kerajaan sebanyak RM300,000 kepada Basel Mission Church di Malaysia untuk pembinaan muzium gereja di Kudat. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here