Sat, 6 Jul 2024

HEADLINES :


Dua Premis dikesan curi air, guna pam air dikompaun RM 10,000
Published on: Wednesday, July 03, 2024
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

Dua Premis dikesan curi air, guna pam air dikompaun RM 10,000
Premis yang didapati dikesan mencuri bekalan air dalam operasi di kawasan Pekan Kunak, pada Selasa. Gambar ihsan - Jabatan Air
KUNAK: Dua buah premis dikesan membuat penyambungan air secara haram dan juga menggunakan pam air untuk mendapatkan bekalan air yang lebih dalam satu operasi di kawasan Pekan Kunak, di sini pada Selasa, di sini.

Operasi yang dijalankan oleh anggota penguatkuasa Jabatan Air Kunak bermula kira-kira jam 9 pagi itu mendapati premis tersebut mengambil air tanpa meter. 

"Operasi pertama melibatkan sebuah premis melakukan sambungan secara terus dari paip utama milik Jabatan Air menggunakan paip berukuran 2 inci", kata kenyataan itu pada Rabu.

Paip tersebut dikesan digunakan untuk menyalurkan bekalan air terus ke lot kedai dalam premis tersebut, yang mana kesalahan dilakukan dibawah Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Sabah.

Sementara itu, dalam operasi kedua mendapati premis tersebut mengambil air menggunakan pam air untuk mendapatkan bekalan air yang lebih, kesalahan dilakukan dibawah Seksyen 56, enakmen yang sama.

Dalam pada itu, pegawai Kerja Jabatan Air Kunak, Mohd Suhaizan Mohd Yunus menasihati pengguna di daerah itu supaya berhemah ketika menggunakan sumber air terawat dan sentiasa berjimat-cermat dengan tidak membiarkan air paip mengalir jika tidak digunakan.

Beliau juga menggesa mana-mana pengguna yang ingin melaporkan tentang kecurian dan kebocoran paip air, boleh berhubung terus ke nombor Careline Jabatan Air Sabah ditalian 088-326888 untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkara itu.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here