Sat, 6 Jul 2024

HEADLINES :


Shahelmey ziarah mangsa banjir di PPS Putatan
Published on: Wednesday, July 03, 2024
By: Aishah Abdullah
Text Size:

Shahelmey ziarah mangsa banjir di PPS Putatan
Shahelmey melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sri Putatan pada malam Selasa
PUTATAN: Seramai 156 mangsa melibatkan 37 keluarga dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Sri Putatan di sini sejak jam 6 petang semalam (2 Julai).

Prihatin akan keadaan itu, Timbalan Ketua Menteri III,  Datuk Ir Shahelmey Yahya tampil menziarahi mangsa-mangsa yang terkesan di PPS malam tadi.

Beliau yang juga selaku Ahli Perlimen Putatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat turut menghulurkan sumbangan RM500 setiap ketua isi rumah di PPS itu.

Selain mangsa-mangsa juga telah menerima sumbangan RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam.

Lima kampung di daerah Putatan yang terjejas banjir iaitu Kg Tebogon, Kg Sailan, Kg Ulu, Kg Ketiau dan Kg Duvason.

Dalam pada itu, Shahelmey turut menasihatkan mangsa supaya terus tabah menghadapi ujian musibah ini.

"Alhamdulillah saya dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Daerah Putatan bahawa keadaan banjir semakin surut di daerah Putatan, mangsa-mangsa terlibat dalam banjir ini boleh beransur-ansur pulang ke rumah mereka bermula esok (hari ini) dan seterusnya...

"Saya nasihatkan mereka yang terlibat dalam bencana untuk sentiasa berhati-hati dalam usaha membersihkan rumah dan harta mereka yang terlibat dalam bencana banjir," katanya ketika ditemui pemberita di PPS Dewan Sri Putatan, malam tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak agensi yang terlibat akan bekerjasama untuk membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas banjir untuk memastikan aliran air dapat mengalir dengan lebih baik.

"Saya telah berbincang dengan Pegawai Daerah Putatan selain darpada apa yang telah mereka lakukan semalam iaitu bertindak mengaktifkan dan memindahkan mangsa ke PPS.

"Selepas ini kita juga bertindak akan bersama-sama agensi yang terlibat untuk membersihkan kawasan-kawasan yang mungkin tersekat disebabkan oleh lumpur dan juga kayu kayan yang menyebabkan saluran-saluran air tersumbat.

"Ini perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan apabila tiba musim tengkujuh, hujan lebat saluran air akan dapat berfungsi dengan lebih baik sekali," katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here