Fri, 5 Jul 2024

HEADLINES :


Tanah runtuh jejas jalan raya
Published on: Tuesday, July 02, 2024
By: Jeremy S Zabala, R Gonzales
Text Size:

Tanah runtuh jejas jalan raya
Jalan KK-Tenom yang runtuh.
Kota Kinabalu: Tanah runtuh ekoran hujan berterusan menyebabkan sebahagian laluan antara Penampang dan Tambunan runtuh pada Isnin.

Hujan juga menyebabkan tanah runtuh dan aliran lumpur di beberapa lokasi di Penampang, selain antara Bandaraya dan Tenom, sekali gus menjejaskan perjalanan menerusi jalan raya dengan teruk di daerah ini.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, tanah runtuh dilaporkan di sepanjang CH1.100, CH1.199, CH1.253, CH0.869 dan CH1.255 Jalan Madsiang-Kipouvo, menyebabkan ia tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Selain itu, hanya satu lorong boleh digunakan di dua bahagian jalan dari sini ke Keningau dan Tenom iaitu di CH5.800 dan CH24.300.

Jabatan berkata tiada laluan alternatif tersedia, dan laluan itu tidak boleh diakses oleh semua jenis kenderaan.

Langkah awal yang diambil oleh jabatan ialah penyediaan pelan pengurusan trafik (TMP) dan mewujudkan lencongan sementara.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang merancang untuk pergi ke Tambunan, Keningau atau Tenom, mereka boleh memilih untuk menggunakan Jalan Kimanis-Keningau sebagai laluan utama alternatif.

Sementara itu, di TUARAN, satu lorong dibuka untuk kenderaan di sepanjang jalan utama antara Kiulu dan Tamparuli di Bayaon, Kiulu,  yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur, pada jam 5.45 petang Isnin.

Bagaimanapun, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi konsesi masih meneruskan kerja pembersihan sambil memantau pengguna kenderaan.

Kira-kira jam 6 petang Isnin, puluhan kenderaan yang terkandas sejak Ahad mula bergerak perlahan secara selang-seli menggunakan lorong tunggal itu.

Jurutera Daerah JKR Tuaran, Farini Awang berkata, pihaknya menjalankan operasi membersihkan sisa runtuhan di semua laluan terbabit bermula jam 8.30 pagi.

Katanya, hujan berterusan sejak jam 1.30 petang sehingga 6 petang Ahad lepas menyebabkan runtuhan bukit, sekali gus menutup kedua-dua lorong jalan itu, termasuk laluan alternatif yang menghubungkan Kiulu dan Tamparuli.

“Antara laluan terjejas adalah Jalan Kiulu - Tamparuli berhampiran Bayaon, Kampung Tompinahaton dan Kampung Kionsom Lama.

“Selain itu, Jalan Bungaliu - Logkou - Timbok, Jalan Logkou Lama - Kiulu, Jalan Namadan - Tombung dan Jalan Kiwoi - Lingga - Bambangan,” katanya.

Hasil tinjauan Ahad lepas, Jalan Lawamandau - Telipok turut terjejas akibat pokok tumbang dan laluan dinaiki air berhampiran Kampung Tampulan dan Pekan Telipok, mengakibatkan tiada laluan alternatif.

Hanya selepas air di kawasan itu surut kira-kira jam 9 malam Ahad dan kerja pembersihan sisa pokok dijalankan, barulah ia dibuka bagi membolehkan penduduk Kiulu ke Kota Kinabalu atau Tuaran.

Lebih 2,000 penduduk Kiulu terjejas selain mengalami gangguan bekalan elektrik, air dan isyarat talian telefon.

Pengguna kenderaan juga diminta bersabar menunggu giliran dan lebih berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, semua laluan terjejas itu dijangka dapat digunakan semula sebaik kerja pembersihan selesai.

Beliau yang sepatutnya kembali ke Kuala Lumpur untuk menghadiri persidangan parlimen, terpaksa membatalkan perjalanan semata-mata untuk berada di kawasan Tuaran.

“Saya mengambil keputusan menangguhkan penerbangan ke Kuala Lumpur subuh tadi, semata-mata ingin berada di kawasan Tuaran yang terjejas banjir.

“Bagi saya, rakyat dan situasi di kawasan Tuaran lebih utama,” katanya ketika melawat kawasan dilanda banjir di Tuaran, Tamparuli dan Kiulu pada Isnin.

Beliau turut mendapatkan bantuan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran untuk memantau serta turun padang di semua kawasan terjejas banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here