Fri, 5 Jul 2024

HEADLINES :


Penyertaan orang muda beri nafas baharu kepada PBS
Published on: Tuesday, July 02, 2024
By: R Gonzales
Text Size:

Penyertaan orang muda beri nafas baharu kepada PBS
Jahid berkata, parti itu menitikberat langkah membawa penyertaan ahli dalam kalangan belia muda sebagai salah satu strategi memperkasa parti politik tertua itu di Sabah.
TAMPARULI: Parti Bersatu Sabah (PBS) Tamparuli komited mengalu-alukan penyertaan generasi baharu khususnya belia berusia 18 tahun ke atas, sesuai dengan keputusan kerajaan lalu untuk menurunkan umur pengundi dari 21 ke 18 tahun.

Ketua Bahagian PBS Tamparuli merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim berkata, parti itu menitikberat langkah membawa penyertaan ahli dalam kalangan belia muda sebagai salah satu strategi memperkasa parti politik tertua itu di Sabah.

“Kita berada dalam proses ‘meremajakan’ Parti Bersatu Sabah, agar parti ini menjadi pilihan orang muda namun ada yang menggelar PBS sebagai parti orang tua, umpama “toothless tiger” dan pelbagai lagi kata-kata yang berniat menjatuhkan semangat kita.

“Sebagai ahli parti, terutamanya di Bahagian Tamparuli, apa yang kita lihat sekarang adalah sebaliknya. Hari demi hari, semakin ramai anak muda yang tertarik dengan perjuangan PBS sekali gus memberi nafas baharu kepada parti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung PBS Bahagian N14 Tamparuli Tahun 2024 di Dewan Tun Hamdan Tamparuli di sini, Ahad.

Mengulas lanjut, katanya, di Tamparuli, penglibatan orang muda harus diterapkan dengan kombinasi pengalaman orang lama. 

“Keseimbangan antara generasi baharu dan generasi lama diperlukan bagi mencapai pembaharuan bersesuaian dengan keadaan politik terkini”.

“Inilah formula yang bakal mengubah landskap dinamik politik, dan menjadi gelombang sinergi positif, menuju ke arah yang lebih baik untuk mencorak masa depan negeri.

“Kita bukan parti ikut-ikutan, Kita bukan parti ‘copy paste’, parti ini telah lama memperjuangkan hak-hak kita dalam negara Malaysia dan tidak pernah berhenti berjuang untuk negeri Sabah, usaha ini mesti diteruskan,” ujar beliau.

Menurut beliau, salah satu perjuangan yang masih berterusan adalah tuntutan Malaysia Agreement 1963 (MA63).

“Sebenarnya, perjuangan PBS menuntut MA63 ini menjadi platform utama perjuangan parti sejak penubuhannya pada tahun 1985. Perjuangan ini termaktub dalam Artikel 5 Perlembagaan Parti Bersatu Sabah, iaitu, Melindungi Hak-Hak Rakyat Negeri Sabah dan Kepentingan Negeri Sabah dalamn Persekutuan Malaysia,” katanya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here